Friday, October 3, 2014

Kisah Sebenar Penyata Air Bayu Villa (Syabas) Yang Harus Diketahui Umun.


Masih ingat lagi tak tentang paparan tajuk blog yang lepas mengenai "Kisah Sebenar Kenapa Hutang Kepada Syabas mencapai RM 392,216.58" Sila rujuk kepada link di sini (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/09/kisah-sebenar-kenapa-hutang-kepada.html


Sehingga hari ini masih ramai lagi yang mempertikaikan tentang kejadian sebenar yang berlaku semasa pihak pengurusan Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd (BVMC) mengurus Apartment Bayu Villa. 

Ramai daripada penduduk serta penghuni masih lagi menyalahkan pihak pengurusan lama (BVMC) yang menyebabkan tunggakan Bayu Villa kepada pihak Syabas naik kepada lebih RM250,000.00 semasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang baru mengambil alih pada bulan November 2013.


Persoalan demi persoalan ditujukan kepada Bendahari Bayu Villa mengenai jumlah tunggakan yang di urus oleh BVMC semasa mereka menguruskan Apartment Bayu Villa.

Untuk tidak menimbulkan sebarang kekeliruan penduduk serta penghuni, Bendahari Bayu Villa Encik Lee membuat keputusan memaparkan kejadian yang sebenar berlaku berdasarkan kepada fakta penyata bulanan jumlah air (salinan sebenar daripada pihak Syabas) yang dikenakan dan di bayar semenjak tahun 2006 sehingga 2014.


Penyata ini dipaparkan semata mata untuk semua pembaca blog ini memahami kebenaranya. Pada tarikh 01.01.2006 penggunaan air mula disalurkan ke dalam Bayu Villa. 

Jika di kaji daripada jumlah penggunaan air semasa dari tahun 01.01.2006 sehingga 30.07.2013, kita boleh lihat secara purata boleh dikatakan setiap bulan pihak pengurusan BVMC ada membuat bayaran kepada Syabas sehingga tercetusnya sebuah Al- Kisah yang bermula pada pertengahan bulan Julai.  

Sehingga tarikh 30.07.2013 pihak pengurusan BVMC masih berhutang kepada pihak Syabas sebanyak RM 115,529.95. Jumlah ini dapat di lihat di atas penyata yang tertera di bawah. 

Pada waktu yang sama di pertengahan bulan Julai 2013, sekumpulan penduduk serta penghuni mulai menghantar notis kepada semua penduduk dan penghuni di dalam Bayu Villa supaya berhenti membayar wang penyelenggaran dan bil air kerana didapati pihak pengurusan pada ketika itu BVMC telah menyelewengkan wang penyelenggaran penduduk.  


Notis yang di hantar itu memang cukup berkesan sehingga pihak pengurusan BVMC menghadapi tekanan dari segi masalah pengutipan wang penyelenggaran. Penerimaan bayaran wang penyelenggaran menurun secara mendadak dan mulai merosot dari sebulan ke sebulan. 

Pada bulan Ogos, penyebaran mengenai penyelewengan pihak pengurusan  Bayu Villa Management Corporation (BVMC) semakin berleluasa dan memuncak serta membara di keseluruhan Bayu Villa sehingga ramai penduduk dan penghuni bersepakat tidak akan membayar wang penyelenggaran dan bil air mereka masing masing. 

Disebabkan jumlah penerimaan wang penyelenggaran jatuh mendadak, pihak pengurusan BVMC tidak berupaya membuat sebarang pembayaran kepada pihak Syabas mahupun pembayaran tunggakan kepada kontraktor.


Mulai saat itu bil air bertarikh (di lukis di dalam petak) 
(1) 13.08.2013 - RM 27,631.74 
(2) 10.09.2013 - RM 23,059.80 
(3) 09.10.2013 - RM 24,405.30 
(4) 12.11.2013 - RM 29,331.90
terus naik menjadi tunggakan sebanyak RM 219,958.69.

Sebelum kejadian pengedaran notis kepada penduduk serta penghuni, pihak pengurusan BVMC masih berupaya menjalankan aktiviti membuat pembayaran kepada pihak Syabas (purata RM35,000.00 - RM40,000.00 setiap bulan) 

Selama 4 bulan (Ogos, September, Oktober dan November) pihak pengurusan BVMC menghadapi situasi perebutan kuasa pengurusan dengan penduduk yang semakin memuncak dan membara terutama pada bulan Oktober. Ramai penduduk dan penghuni keluar menyokong dan membantah akan penyelewengan yang berlaku. 

Penerimaan pembayaran wang penyelenggaraan jatuh menjunam pada bulan seterusnya sehingga Mesyuarat Agung yang pertama diadakan pada awal bulan November 2013 di Bayu Villa. 
Pada 28.11.2013 Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah dengan "Sijil Perakuan" yang dikeluarkan oleh COB Klang. Kerja kerja menerajui Bayu Villa bermula.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa pada saat itu begitu bersemangat dan bersungguh sungguh untuk menaikan kedudukan Bayu Villa dan berjanji kepada penduduk bahawa mereka akan melakukan yang terbaik untuk Bayu Villa. 

Pada waktu yang sama mereka juga menyatakan bahawa JMB tidak akan menanggung dan bertanggung jawab terhadap segala tunggakan Syabas yang berjumlah RM 219,958.69. 

Tunggakan tersebut haruslah di tanggung oleh pihak pengurusan yang lama iaitu Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan bahawa mereka tidak akan menanggung tunggakan yang lama. Lapuran polis juga di buat bahawa JMB Bayu Villa tidak akan menanggung dan bertanggung jawab terhadap tunggakan ini.  


Persoalannya sekarang KENAPA tidak mahu menanggung tunggakan Syabas tetapi ingin mengutip tunggakan atau hutang yang lama? Mulai saat itu tunggakan air di Bayu Villa naik mengunung sehingga RM 392,216.58. 

Di dalam penyata juga ada menunjukan sepanjang tempoh JMB Bayu Villa menguruskan Bayu Villa, tidak pernah SESEN pun di bayar ke atas bil semasa kepada pihak SYABAS. 


Kenyataan ini dikeluarkan semata mata untuk menjelaskan kedudukan sebenar apa yang berlaku berdasarkan kepada penyata bulanan air berserta dengan pembayaran air yang di buat. 

Pemaparan "Kisah Sebenar" ini bukanlah untuk mengutuk sesiapa tetapi lebih kepada kebenaran dan di harap segala sangsi, khabar angin atau syak wasangka yang masih menghantui penduduk di Bayu Villa dapat diperjelaskan.

Bak kata pepatah :
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"

1 comment:

  1. positive and correct move, show us everything to proof if you have one.

    Get going NEW JMB but not slow..

    ReplyDelete