Sunday, November 2, 2014

Kenapa Masih Terdapat Tunggakan Cukai Tanah 2014 Yang Masih Belum Dijelaskan?

Apakah yang sebenarnya berlaku? Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, Bendahari Bayu Villa Encik Lee telah membuat siasatan berdasarkan kepada fakta serta menemui bekas pengerusi JMB Bayu Villa Encik Mohd Salim untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang sebenarnya telah berlaku pada ketika itu.

Kenapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan Cukai Tanah yang tertunggak?



Hasil siasatan daripada Encik Lee,

1. Sebelum pengambilan kuasa pengurusan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama pada bulan November 2013, Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd. (BVMC) masih mempunyai tunggakan Cukai Tanah dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) sebanyak RM 59,431.60 dengan fi tunggakan (denda lewat) sebanyak RM 21,943.20. (Jumlah keseluruhan RM 81,374.80).


Pada waktu yang sama segala pembelian/penjualan rumah dan pinjaman semula (refinancing) tidak menghadapi sebarang masalah kerana pihak BVMC ada membuat pembayaran ansuran Cukai Tanah kepada pihak Pejabat Tanah. Pihak PTG ada memberi sepucuk surat kebenaran (pelepasan) untuk memudahkan segala urusan penukaran hakmilik mahupun pinjaman semula.

2. Bulan Jun 2013. Pembayaran ansuran kepada Pejabat Tanah sebanyak RM 10,173.00 pada setiap bulan mulai bulan Februari 2013 (selama 4 bulan) terhenti apabila terdapat sekumpulan penduduk serta penghuni pada pertengahan bulan Julai mulai menghantar notis kepada semua penduduk dan penghuni di dalam Bayu Villa supaya berhenti membayar wang penyelenggaran dan bil air kerana didapati pihak pengurusan pada ketika itu BVMC telah menyelewengkan wang penyelenggaran penduduk.

Notis yang di hantar itu memang cukup berkesan sehingga pihak pengurusan BVMC menghadapi tekanan dari segi masalah pengutipan wang penyelenggaran. Penerimaan bayaran wang penyelenggaran menurun secara mendadak dan mulai merosot dari sebulan ke sebulan.



3. Bulan Ogos 2013, penyebaran mengenai penyelewengan pihak pengurusan  Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd (BVMC) semakin berleluasa dan memuncak serta membara di keseluruhan Bayu Villa sehingga ramai penduduk dan penghuni bersepakat tidak akan membayar wang penyelenggaran dan bil air mereka masing masing. 


Disebabkan jumlah penerimaan wang penyelenggaran jatuh mendadak, pihak pengurusan BVMC tidak berupaya membuat sebarang pembayaran kepada pihak Syabas, TNB, Pejabat Tanah Dan Galian (Cukai Tanah) mahupun pembayaran tunggakan kepada kontraktor.


4. Pada 10.11.2013 Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang pertama ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah dengan "Sijil Perakuan" yang dikeluarkan oleh COB Klang pada 28.11.2014. Kerja kerja menerajui Apartment Bayu Villa bermula.

5. Bulan Januari 2014. Segala urusan pembelian/penjualan serta pinjaman semula (refinancing) tidak dapat dilaksanakan kerana Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) tidak memberi sebarang surat pelepasan kerana terdapat tunggakan Cukai Tanah yang lama. 

Mengikut undang undang segala urusan pembelian/penjualan yang belum diselesaikan pada tahun 2013 akan diminta sekali lagi oleh firma guaman menyerahkan surat pelepasan yang baru dari PTG bagi tahun 2014 jika urusan tidak dapat disiapkan pada tahun 2013.

Banyak firma guaman serta orang perseorangan meminta JMB Bayu Villa untuk mendapatkan surat perlepasan membantu mereka menyelesaikan masalah termasuk Encik Lee (sebelum menjadi bendahari JMB Bayu Villa yang baru) yang juga pada 2013 ada menjual sebuah unit kedai pada ketika itu.


 6. Sebagai seorang pengerusi JMB Bayu Villa, Encik Mohd Salim mengambil insiatif keluar dan berbincang dengan pihak atasan PTG berhubung dengan isu pembayaran tunggakan Cukai Tanah. Beliau bukan setakat cuba menolong dalam isu tunggakan Cukai Tanah tetapi beliau juga cuba menyelesaikan isu tunggakan seperti Syabas dan TNB. 

Atas usaha beliau dan perbincangan dengan beberapa pihak atasan di SUK, persetujuan telah dicapai bahawa fi tunggakan sebanyak RM 21,943.20 akan dimansuhkan dengan syarat tunggakan Cukai Tanah yang lepas RM 59,431.60 dibayar dalam bentuk ansuran dan Cukai Tanah 2014 sebanyak RM 41,978.00 harus dijelaskan sebelum tarikh akhir 31hb Mei 2014. Jika tidak denda fi tunggakan sebanyak 7 peratus akan dikira bersama dengan segala tunggakan yang ada.


6. Di antara bulan Februari dan Mac 2014. Disebabkan oleh tekanan serta desakan, JMB Bayu Villa mengeluarkan 10 keping cek yang berjumlah RM 59,431.20 dengan setiap cek berjumlah RM 5,943.20 untuk menyelesaikan masalah tunggakan Cukai Tanah yang lama.


7. Encik Lee pada waktu yang sama bertanyakan kepada bekas setiausaha kenapa terdapat masalah mendapatkan surat pelepasan daripada PTG, beliau menjelaskan bahawa bayaran telah dibuat tetapi PTG masih tidak mahu memberi surat perlepasan dan meminta Encik Lee mengumpul semua tuan punya rumah pergi berjumpa dengan PTG. Beberapa kali Encik Lee bertanyakan kepada bekas setiausaha tersebut tetapi beliau memberi jawapan yang sama.



8. Bekas pengerusi Encik Mohd Salim juga menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan (JMC) Bayu Villa supaya membuka sekeping cek lagi yang berjumlah RM 41,978.00 yang akan digunakan untuk membayar Cukai Tanah 2014 sebelum akhir bulan Mei 2014.

Bekas pengerusi itu mencadangkan agar pembayaran kepada syarikat pengawal keselamatan serta syarikat pembersihan (dalam anggaran RM 40,000) ditangguhkan selama sebulan kerana mereka tidak menunjukkan sebarang kemajuan atau prestasi di dalam pekerjaan mereka. 

Wang sebanyak RM 40,000.00 ini akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada bekas setiausaha, ajk dan pengurus bangunan pada waktu itu.



9. Bekas pengerusi Encik Mohd Salim memberi penerangan jika pembayaran tunggakan Cukai Tanah 2014 sebanyak RM 41,978.00 dilakukan, JMB Bayu Villa boleh mempunyai pendapatan tambahan hasil daripada tunggakan wang penyelenggaraan sebanyak RM70,000.00 yang dapat diterima daripada tuan punya rumah yang menjual rumah tetapi apa yang disarankan oleh bekas pengerusi tersebut mengalir masuk terus ke dalam longkang.


10. Bulan April 2014. Disebabkan terdapat transaksi yang mencurigakan di dalam akaun penerimaan/perbelanjaan wang dan tiada resit perbelanjaan dapat dikemukan setelah diminta beberapa kali, bendahari JMB Bayu Villa meletakan jawatan serta merta bersama sama dengan pengerusi JMB Bayu Villa pada bulan April dan Mei 2014.

Dipercayai pada waktu yang sama pihak pengurusan telah menerima sejumlah pembayaran wang penyelenggaran dalam sekitar RM 350,000.00 sebelum ditolak keatas semua perbelanjaan tetapi tiada pembayaran bil semasa kepada Syabas dan TNB pada masa itu.

Akuan bank JMB Bayu Villa terus dibekukan mulai saat itu sehingga kini. Lapuran polis juga telah dibuat bagi melindungi mereka dari segala tomahan atau kecurigaan yang mungkin berlaku didalam penyata kewangan JMB Bayu Villa pada ketika itu.



11. Bulan Mei 2014. Bekas setiausaha pada waktu yang sama masih menyanyikan lagu yang sama bahawa beliau tidak tahu menahu kenapa pihak PTG tidak memberi sebarang surat pelepasan kepada JMB Bayu Villa setelah beberapa kali ditanya oleh Encik Lee berkenaan status Cukai Tanah walaupun beliau telah diberi penjelasan yang begitu jelas oleh bekas pengerusi.



12. Bulan Julai 2014. Pada 06.07.2014 semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa yang pertama diadakan bagi mengisi jawatan pengerusi dan bendahari, bekas setiausaha itu menarik diri dan meletakan jawatan secara mengejut pada hari pemilihan ahli jawatankuasa tanpa sebarang surat perletakan jawatan. Mulai daripada saat itu isu pemindahan hakmilik rumah tergendala sehingga hari ini.

13. Bulan Ogos 2014. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak diiktiraf kerana terdapat beberapa orang individu yang tidak layak menerajui serta memegang jawatan di dalam ahli jawatankuasa di JMB Bayu Villa.



14. Bulan September 2014. Mesyuarat Agung Luarbiasa yang kedua diadakan lagi bagi mengisi kekosongan ahli jawatankuasa bendahari serta ajk.

15. Bulan Oktober 2014. Pengiktirafan oleh pihak COB Klang keatas perlantikan ahli jawatankuasa yang baru. 

Situasi apakah yang telah berlaku pada ketika itu juga ada berhubung kait dengan link ini "Syabas - Kisah Sebenar" (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/10/kisah-sebenar-penyata-air-bayu-villa.html)
............................................................................................................

Persoalannya kenapa perkara ini tidak dicari jalan penyelesaian dan kenapa harus diputar belitkan segala isu yang berhubung kait dengan Syabas, TNB dan PTG? Apakah cerita yang sebenarnya berlaku didalam JMB Bayu Villa yang lepas sehinggakan JMB Bayu Villa yang baru terpaksa menanggung bebanan yang begitu berat sekali?

JMB Bayu Villa mempunyai satu tugas yang amat berat tetapi ianya bukanlah suatu masalah yang amat besar jika JMB Bayu Villa dapat bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Apartment Bayu Villa, penduduk serta penghuni dalam mengharungi malapetaka ini tetapi JMB Bayu Villa merasa amat pedih dan sedih sekali melihat ramai penghuni yang tidak bersalah terpaksa menanggung seksaan yang berterusan sehingga kini.

Melalui perbualan Encik Lee dengan Encik Mohd Salim, jelas sekali bekas pengerusi itu telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Bayu Villa tetapi disebabkan rasa tamak dan menjaga kepentingan beberapa orang individu, Bayu Villa menghadapi satu situasi yang amat tenat.

Bah kata pepatah:

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

4 comments:

  1. File report of breach of trust /corruption with SPRM to charge those culprits involved. . JUSTICE must be serve to those involved for the sake of BV residents. Please update on the SPRM report !!!!

    ReplyDelete
  2. Dear Management, may I know the water bill has been ready? Please don't make the process too long. I may faced pay bill by installment again! Please! Please! Please!

    ReplyDelete
  3. This is totally unfair to buyer and seller. I'm buyer for Bayu Villa and stuck in Land office because of this problem. Now at the moment, i can't move forward or backward because i already paid the 10% and laywer fees. The only thing i can do just wait and hopefully the management can solve it ASAP.

    ReplyDelete
  4. The solution for everyones problem is to collect all outstanding maintenance and water bill and pay all debts and bring the place back to life again

    ReplyDelete