Saturday, November 1, 2014

Pejabat Tanah Dan Galian - Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.


Bak kata pepatah:

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Baru baru ini terdapat banyak kes yang bersangkut paut dengan pembelian/penjualan mahupun pinjaman semula (refinancing) dengan pihak bank terbantut atau tersangkut di tengah jalan akibat masalah berhubung dengan isu pembayaran Cukai Tanah. Terdapat lebih kurang 60 puluh unit rumah yang menghadapi masalah tersebut.


Tempoh beberapa hari yang lepas Pengerusi Bayu Villa Cik Sri Sharmini telah mengarahkan Bendahari Bayu Villa Encik Lee pergi ke Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Klang untuk mendapatkan segala resit dan bayaran yang sudah dijelaskan.

Tujuan pengambilan resit tersebut ialah untuk memudahkan kerja pihak guaman serta pihak bank dapat menyelesaikan masalah yang telah lama tertunggak seperti penukaran nama hakmilik, pembayaran penyelesaian keatas pembelian/penjualan rumah dan pinjaman semula (refinancing) dengan pihak perbankan.


Melalui maklumat yang diterima sebelum mengambil alih pentadbiran pengurusan pada 21.09.2014, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama ada mengeluarkan sebanyak 10 keping cek yang berjumlah  RM 59,431.60 dengan setiap satu cek berjumlah RM 5,943.20 untuk menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah.

Melalui informasi yang diterima, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru menganggap bahawa tiada masalah untuk meneruskan kerja kerja melaksanakan pembelian/penjualan serta pinjaman semula setelah terdapat bukti pembayaran yang telah dibuat setiap bulan. Ramai yang menalifon Pengerusi serta Bendahari bertanyakan status terbaru akan pembayaran Cukai Tanah.


Pengerusi serta Bendahari JMB Bayu Villa memberi jawapan kepada setiap pembeli/penjual rumah dan firma guaman bahawa tiada masalah dengan pembayaran cukai kerana setiap bulan penyata kewangan akaun bank ada menunjukkan jumlah pembayaran sebanyak RM 5,943.20 kepada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor tidak pernah menghadapi masalah.

Sememangnya tiada isu yang harus timbul kenapa penukaran nama, penyelesaian pembelian/penjualan rumah, pinjaman semula (refinancing) tidak boleh dilakukan. 


Tetapi sebelum Bendahari Encik Lee memulakan tugasnya pergi ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, tiba tiba salah seorang penghuni menalifon Encik Lee memberitahu bahawa transaksi pembelian/penjualan rumah masih tidak dapat dilakukan kerana masih terdapat isu tunggakan Cukai Tanah 2014 yang masih belum dijelaskan.

Mendengar huraian daripada tuan punya rumah berkenaan isu tunggakan ini, Bendahari Encik Lee terperanjat apabila diberitahu bahawa masih terdapat tunggakan Cukai Tanah yang masih belum diselesaikan.  


Pada waktu yang sama Encik Lee mula melakukan siasatan terperinci di PTG apakah sebenarnya yang telah berlaku sehinggakan isu ini tidak pernah diselesaikan dan diberi perhatian yang sepenuhnya.

Tunggulah untuk perkembangan berita yang terbaru  melalui siasatan yang terperinci "Kenapa Masih Terdapat Tunggakan Cukai Tanah 2014 Yang Masih Belum Dijelaskan?"

Dalam pada itu pihak Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) meminta Bayu Villa menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah 2014 sebanyak RM 41,978.00 dengan serta merta jika ingin menyelesaikan masalah dalaman. Satu jumlah yang amat mustahil untuk menyelesaikan tunggakan ini dalam masa yang terdekat ini.

Jika ianya dapat diselesaikan sekali pun, Bayu Villa cuma mempunyai tempoh masa selama 2 bulan sebelum ketibaan bil Cukai Tanah 2015 yang harus diselesaikan sebelum surat perlepasan bagi tahun 2015 dikeluarkan oleh PTG. Masalah penukaran hakmilik cuma dapat bertahan selama 2 bulan sebelum bil Cukai Tanah 2015 tiba. 

Sedih juga seketika apabila melihat keadaan ini terpaksa dilalui oleh JMB Bayu Villa. Entah apa lagi yang akan datang menghantui Bayu Villa di dalam masa yang terdekat ini.

1 comment: