Semalam terdapat seorang individu membuat lapuran polis kepada pihak Polis Bahagian Jenayah Kolar Putih (Commercial Crime) di Klang bahawa terdapat penyelewengan yang besar berlaku di dalam Bayu Villa. Dipercayai lapuran tersebut menyebut bahawa Bendahari JMB Bayu Villa, Encik Lee telah mengelap sejumlah wang yang besar ke dalam akaun peribadinya.
Pada permulaan Encik Lee tidak tahu menahu apakah tujuan pegawai tertinggi Inspektor Jenayah Kolar Putih membuat panggilan terus kepada Encik Lee bertanyakan dimanakah Encik Lee berada dan Inspektor tersebut ingin berjumpa dengan beliau pada ketika itu.
Pada waktu yang sama Encik Lee memberitahu kepada Inspektor tersebut bahawa beliau berada di dalam bilik pameran pintu melayani seorang pelanggan. Pada permulaan Encik Lee cuma memikirkan mungkin Inspektor itu hendak berjumpa dan bertanyakan soalan mengenai kejadian kes kecurian yang berlaku pada pagi semalam, rupa rupanya Inspektor tersebut telah sampai dan berada di dalam Bayu Villa.
Perjumpaan itu dihadiri oleh beberapa orang penghuni, AJK Bayu Villa Encik Arivanathan serta salah seorang daripada mereka yang membuat lapuran polis dan bukan begitu sahaja terdapat seorang lagi yang berpangkat Sarjan dari Bahagian Jenayah Kolar Putih yang turut datang dan duduk bersama di dalam bilik tersebut.
Semasa duduk bersama, Encik Lee masih tidak tahu bahawa mereka adalah daripada bahagian Jenayah Kolar Putih. Mula mula Inspektor memperkenalkan dirinya dahulu sebelum memulakan topik bahawa beliau mendapat aduan bahawa terdapat penyelewengan yang sedang berlaku di dalam Bayu Villa.
Tanpa melengahkan masa, Encik Lee terus menjawab soalan yang diajukan oleh Inspektor tersebut serta disaksikan oleh seorang Sarjan berserta dengan beberapa orang penghuni. Di dalam perbincangan tersebut Encik Lee turut menjelaskan bahawa penyelewengan memang berlaku di dalam Bayu Villa tetapi penyelewengan ini berlaku pada bekas JMB Bayu Villa yang lama.
Oleh kerana hal yang lama tidak sepatutnya diungkitkan lagi tetapi bagi menjawab soalan yang ditanya oleh seorang Inspektor dan disaksikan oleh seorang Sarjan, Encik Lee terpaksa mengeluarkan segala fail bukti apa yang berlaku ke atas Bayu Villa serta menceritakan Al-Kisah Bayu Villa kepada Inspektor dan Sarjan supaya mereka memahami lebih mendalam mengenai peristiwa yang telah berlaku ke atas Bayu Villa.
Al-Kisah Bayu Villa - Soal Siasat Penyelewengan.
1) Terdapat bukti bahawa Badan Pengurusan Bersama JMB yang lama pernah mengutip sejumlah wang penyelenggaraan sekitar RM 350,000.00 dalam masa 4 bulan tetapi wang itu diperbelanjakan dengan sewenang wenangnya tanpa bukti resit untuk mengesahkannya.
2) Terdapat lebih kurang 30 orang individu yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan dan air dalam sekitar RM 30,000.00. Wang tersebut tidak pernah diterima atau dimasukan ke dalam akuan bank malahan terdapat beberapa individu yang dipercayai telah memalsukan resit pembayaran tunggakan wang penyelenggaraan masing masing menjadi kosong. Ada di antara beberapa individu tersebut mempunyai tunggakan setinggi RM 6,000.00 tetapi hari ini menjadi kosong.
Penjelasan juga diberikan kepada Inspektor bahawa 30 orang individu tersebut akan diberikan peluang untuk memperjelaskan isu pemalsuan pembayaran tunggakan wang penyelenggaraan serta air dan jika mereka insaf, memohon maaf dan mengaku akan kesilapan tersebut, kami di JMB Bayu Villa akan memberi peluang kepada mereka menjelaskan tunggakan wang penyelenggaraan mereka melalui pembayaran ansuran tetapi jika ada di antara mereka yang masih tidak mahu mengaku melakukan kesalahan tersebut, maka nama mereka akan dihantar dan dibuat lapuran polis supaya pihak Polis siasatan Jenayah Kolar Putih dapat membuat akaun forensik.
3) Inspektor tersebut bertanyakan adakah lapuran polis sudah dilakukan? Encik Lee menjawab bahawa lapuran polis mengenai kes penyelewengan akan dibuat setelah menerima "Sijil Perakuan" daripada pihak COB Klang.
4) Bagi menguatkan lagi kenyataan penyelewengan berlaku, salinan lapuran polis yang dibuat oleh bekas Pengerusi JMB, Bendahari JMB dan Wony Sdn Bhd ditunjukkan kepada Inspektor dan Sarjan untuk membuktikan kenapa lapuran polis telah dibuat pada bulan April 2014 dan Mei 2014? (sarjan mencatatkan nombor lapuran polis)
Lapuran polis dibuat kerana mereka mengetahui terdapat elemen penyelewengan berlaku dan kalau mengikut Akta 663, Ahli Jawatankuasa Bersama (JMC) boleh dipenjarakan jika disabit kesalahan melakukan penyelewengan. Wony Sdn Bhd membuat lapuran ugutan.
5) Penjelasan seterusnya yang diberi oleh Encik Lee merangkumi bagaimana hendak menaikkan semula Bayu Villa setelah apa yang telah berlaku dahulu dan isu seperti tunggakan kepada Syabas (RM 393,000.00), Tenaga Nasional Berhad (RM 483,000.00), Pejabat Tanah dan Galian (RM 18,000.00), Syarikat Pengawal Keselamatan (RM 150,000.00), Syarikat Pembersihan (RM 32,500.00) dan Kontraktor Lif (RM 26,000.00) pada ketika itu.
Selepas mendengar penjelasan, Inspektor meneliti bukti penyata tunggakan Syabas dan TNB yang juga merpertikakan kenapa pihak pengurusan lama tidak pernah membayar bill semasa? Encik Lee juga menjelaskan bahawa semasa krisis pemotongan air selama 3 hari, jumlah tunai yang dikutip oleh Encik Lee dalam sekitar RM 22,500.00 tetapi pihak Syabas menghendaki RM 45,100.00. Jadi jumlah yang selebihnya dibayar menggunakan wang peribadi Encik Lee sebanyak RM 22,600.00.
Encik Lee bertanyakan satu soalan kepada Inspektor tersebut, siapa yang berani menanggung risiko mengeluarkan wang peribadinya untuk menyelamatkan situasi yang paling kritikal pada ketika itu? Tujuannya ialah untuk menyelamatkan situasi bukan untuk menyeleweng?
Encik Lee juga menjelaskan adalah wajar jika beliau yang mengeluarkan wang pendahuluaan, penerimaan tunai wang penyelenggaraan tersebut harus dibayar balik ke dalam akaun Encik Lee. Janji setiap tranksaksi harus mempunyai catitan hitam putih di mana perbelanjaan menggunakan wang tunai harus bersamaan dengan bukti pembelian ataupun bukti pembayaran.
6) Penjelasan juga diberikan kepada Inspektor tersebut bahawa Blog "bayuvillaapartment.blogspot.com" mempunyai segala fakta dan angka yang berbentuk hitam putih yang boleh dibuat rujukan.
Di dalam blog tersebut tidak mempunyai sebarang unsur fitnah, hasutan, anti perkauman dan sebagainya sebab jika blog tersebut tidak memaparkan cerita yang sebenar berdasarkan kepada fakta, penulis blog tersebut boleh dipenjarakan mengikut Akta Multimedia.
Di dalam blog tersebut tidak mempunyai sebarang unsur fitnah, hasutan, anti perkauman dan sebagainya sebab jika blog tersebut tidak memaparkan cerita yang sebenar berdasarkan kepada fakta, penulis blog tersebut boleh dipenjarakan mengikut Akta Multimedia.
7) Di dalam proses perbincangan Encik Lee juga menjelaskan bahawa "Sijil Perakuan" masih dalam proses, jadi penggunaan akaun bank masih dibekukan.
8) Tunggakan wang penyelenggaraan oleh penghuni yang berjumlah dalam sekitar RM 800,000.00 ke RM 1,000,000.00 juga diterangkan kepada Inspektor tersebut. Jadi proses pemotongan air harus dijalankan bagi menyelamatkan Bayu Villa.
Semasa penerangan diberikan, terdapat 2 orang penghuni mempertikaikan kenapa JMB Bayu Villa tidak memainkan peranan mengambil Pengawal Keselamatan? Mereka mempertikaikan keselamatan keluarga mereka dan apakah yang akan berlaku jika sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku?
Sekali lagi Bendahari Encik Lee memberi penjelasan kepada Inspektor dan Sarjan bahawa jika hari ini dompet anda mempunyai RM 10.00 untuk perbelanjaan sehari anda akan cuba mengagih agihkan RM 10.00 mengikut keutamaannya.
Bukan JMB Bayu Villa tidak tahu kes pecah rumah..... bukan JMB Bayu Villa tidak tahu kes samun.....bukan JMB tidak tahu mengenai kes kecurian motosikal... bukan JMB Bayu Villa tidak memperdulikan keselamatan penghuni serta penduduk tetapi keutamaan harus diberikan kepada Syabas, TNB dan kerja pembersihan di dalam Apartment Bayu Villa.
Wang penyelenggaraan yang diterima seharusnya disalurkan mengikut keutamaan. Jika JMB Bayu Villa tidak menggunakan kebijaksanaannya menguruskan kewangannya, JMB Bayu Villa sebenarnya sedang mengali kuburnya sendiri.
Ianya sama seperti kes Syabas:
"No Money No Talk"
"Got Money Anything Also Can Talk"
Wang penyelenggaraan yang diterima masih tidak berupaya membayar kos perbelanjaan yang mencecah berpuluh ribu ringgit.
Komitmen setiap bulan kepada :
a) Syabas sekitar RM 35,000.00 sebulan,
b) TNB sekitar RM 15,000.00 setiap bulan, belum dikira pelan pembayaran ansuran sebulan (jika diambil kira pelan pembayaran ansuran sebanyak RM 10,000.00 sebulan),
c) Pejabat Tanah dan Galian RM 6,000.00 sebulan,
d) Perbelanjaan pengurusan pejabat dan gaji serta barangan sampingan sekitar RM 15,000.00 sebulan,
e) Pembayaran gaji pekerja pembersihan RM 8,000.00 sebulan,
f) Penyelenggaraan lif RM 4,000.00 sebulan.
Belum dikira perbelanjaan yang lain yang mungkin timbul, pembayaran ansuran kepada kontraktor yang mempunyai tunggakan.
Berapakah jumlahnya:
RM 93,000.00 sebulan
Mana satu JMB harus membuat bayaran? Mana satu yang harus JMB mempertimbangkan? Jikalau JMB Bayu Villa mengambil pengawal keselamatan kemungkinan air atau elektrik kena potong.
Perbelanjaan pengawal keselamatan menelan belanja sekitar RM 25,000.00 sebulan, itu pun cuma 6 pengawal keselamatan pada kadar RM 5.50 sejam. Mana satu yang JMB hendak pilih? Mana yang lebih PENTING ?????
Perbelanjaan pengawal keselamatan menelan belanja sekitar RM 25,000.00 sebulan, itu pun cuma 6 pengawal keselamatan pada kadar RM 5.50 sejam. Mana satu yang JMB hendak pilih? Mana yang lebih PENTING ?????
Tidak habis dengan cerita pengawal keselamatan, penghuni yang membuat lapuran polis menekan Inspektor tersebut bahawa lapuran kewangan setiap bulan haruslah dibentangkan untuk menunjukkan bahawa tiada penyelewengan berlaku. Akuan keluar dan masuk harus disediakan.
Encik Lee menjelaskan bahawa akaun bulan September telah pun dikemaskinikan dan pemilihan Mesyuarat Agung Luarbiasa baru sahaja selesai pada 21hb September 2014. Belum sampai sebulan lagi, masa dan waktu amat diperlukan untuk menyediakan akaun semasa dengan terperinci.
Penjelasan juga diberikan bahawa Encik Lee telah berjanji kepada penduduk bahawa akuan penerimaan dan perbelanjaan untuk bulan September akan dipaparkan pada bulan November tetapi penghuni tersebut memberi tekanan kepada Inspektor supaya membuat siasatan yang terperinci dengan lebih mendalam.
Disebabkan oleh tekanan, Encik Lee mengeluarkan fail akaun bulanan penerimaan dan perbelanjaan untuk bulan September yang telah siap dikemaskini.
Encik Lee menjelaskan bahawa fail akaun kira kira ini sebenarnya adalah sulit dan tidak boleh dipaparkan sewenang wenangnya tetapi demi mempertahankan kewibawaan Encik Lee, fail tersebut dibuka dan diteliti oleh Inspektor tersebut mengikut kehendak penghuni yang cuba mencari kesalahan Encik Lee dan menyabitkan kesalahan penyelewengan ke atas Encik Lee.
Mujurlah Encik Lee sempat menyiapkan akaun tersebut :
Bah kata pepatah :
Pada saat itu Inspektor yang membuat soal siasat selama lebih sejam ke atas Encik Lee berasa begitu kagum dan puas hati dengan segala penjelasan serta bukti yang kukuh berserta dengan segala bil bil perbelanjaan, resit penerimaan wang penyelenggaraan, isu isu semasa yang berlaku di dalam Bayu Villa dan sebagainya.
Akhirnya Inspektor dan Sarjan tersebut memahami lebih mendalam mengenai Al-Kisah Bayu Villa dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Encik Lee. Mereka berasa amat puas hati dengan penjelasan tersebut dan Inspektor itu memberi nasihat sepatah dua kata sebelum balik kepada Encik Lee supaya meneruskan apa agenda yang patut untuk menjaga kebajikan Bayu Villa dan bersetuju dengan cara tindakan Encik Lee mengatur segala strategi yang perlu dalam menangangi masalah yang dihadapi oleh Bayu Villa.
"Sekian"
..................................................................................
Di sini kita dapat lihat masih ada segolongan penghuni dan penduduk yang masih cuba menjalankan aktiviti memboikot Bayu Villa. Lapuran polis serta aduan yang dilapurkan kepada pihak polis bahagian Jenayah Kolar Putih bertujuan untuk menakut nakutkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa serta menjatuhkan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari serta Ahli Jawatankuasanya.
Melalui sumber maklumat yang diterima, kumpulan ini sedang membuat rancangan bagaimana hendak mengulingkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa.
Keep moving New JMB, thx Mr. Lee, looking for a better tomorrow Bayu Villa
ReplyDeleteBiasalah,..
ReplyDeleteManusia yang Iri Hati..
Gila pangkat ,
Gila wang,
Tak memikir kehendak orang lain
Hanya kepentingan diri sendiri.
Wahai sekalian yang menentang JMB baru ini..
Adakah kamu boleh memegang tanggungjawab ini.?
Adakah kamu boleh menjalankan tugas ini.?
Adakah kamu sanggup berkorban demi kepentingan semua?
Saya rasa kamu yang menentag JMB ini..
FIKIR LAH....
Salute ! Mr lee keep it up good job.
ReplyDeleteMr Lee, support u. Thanks & appreciated for what you have done for Bayu Villa. Keep it up!
ReplyDeleteTerima kasih kerana membuat laporan polis! so we all can see again another one time Mr.Lee capability to handle all ths mess. Hope those ppl who make police report also can support I/o try to create more problem. Since I no longer stay there and rent out, I still got responsible to pay up to date monthly fees. Hope BV residents don't give up!
ReplyDeletegood job, Mr Lee
ReplyDelete