Sunday, April 5, 2015

Tekanan Demi Tekanan Dikenakan Keatas Pesalah Kenderaan.




Penguncian tayar kereta tetap dijalankan setiap minggu bagi mengurangkan pesalah meletakan kenderaan mereka secara sesuka hati. 



Hasil daripada penguncian ini telah menambahkan pendapatan JMB Bayu Villa. Ianya dapat membantu sedikit sebanyak dari segi perbelanjaan yang diperlukan oleh JMB Bayu Villa.




Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa amat berasa puas hati dengan pretasi yang ditunjukkan oleh salah seorang pengawal keselamatan kerana berjaya menjalankan tugas beliau dengan lebih efektif.





Kebanyakan kereta yang melakukan kesalahan dikunci oleh beliau. Beliau menjalankan tugas dengan tidak memilih kasih.





Prestasi beliau juga menyebabkan beberapa insiden setengah pemilik kereta mahu pun motosikal yang dikunci berasa tidak puas hati. Masing masing memberi begitu banyak alasan bahawa kesalahan ini tidak disengajakan.







 






1 comment:

  1. Just curious, why BNA52 kena RM50 while others RM30 only?

    ReplyDelete