Friday, November 21, 2014

Masalah Yang Tak Habis Habis. Gambar Kesalahan Sepanjang Tempoh 2 Minggu.



Gambar gambar yang diambil sepanjang dua minggu yang lepas. Ada di antara kereta yang diberikan notis amaran dan ada pula dikunci tayar kereta mereka.









Teksi ini selalu sahaja melakukan kesalahan. Beberapa kali amaran telah diberi tetapi masih melakukan kesalahan yang sama.























Kereta ini pula tidak mengendahkan kerja kerja pengawal keselamatan. Sudah diberi amaran beberapa kali tetapi masih tetap melakukan kesalahan yang sama.
















9 comments:

  1. JMB what about bikers parking at the lobby entrance...many at blk b and blk c..if the ground sank, or children , org tua hurt...JMB tanggung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol..lg pon astro wayer depan parking dan air con compressor dekat blk c...cam mana...nak sabotage baru nak abil tindakahn?

      Delete
  2. Kepada JMB. Bila nak diselesai masalah begini. Semakin galak berlaku. Harap JMB "aggressive" melakukan tindakan seperti mana anda membuat tindakkan terdapat penduduk yang enggan bekerjasama dalam menyelesaikan tunggakan "maintenance". 3 kali ajak jumpa tak mahu,"last" kasi potong. Tapi hal "park" sesuka hati ini berkali-kali di tampal notis dan kunci tetap juga berlaku dan malahan berulang pun ada. Sebab mungkin JMB terlalu berlembut dan baik hati. Itu bagus. Tapi jika tiada tindakan tegas mereka still akan ulang dan ulang lagi. Penduduk jadi mangsa keadaan. Silalah buat tindakan segera.

    ReplyDelete
  3. Banyak lg persoalan tk dijawap oleh JMB. Kenapa berdiam saja apabila ditanya soalan2 oleh penduduk?

    Macam2 soalan tak dijawap.

    1. Komputer perisian tak berlesen digunakan sebelum ini.
    2. Siapa syarikat management agen yg digunakan.
    3. Tender2 and bil semasa.
    4. Status dan sejarah pengawal and pekerja2 sini.

    Dan lain2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya mencelah,

      Saya rasa ini mungkin tidak menjadi masalah. Kita biarkan AJK JMB membuat tugas mereka terlebih dulu. Jika kita lihat ada berlaku penyalahgunaan kuasa dan tatakelola pentadbiran yang tidak betul maka atas Nama Penduduk Bayu Villa, boleh minta campurtangan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan melalui COB, MPK dan menggunakan Akta Akta 663 AKTA Bangunan dan harta bersama (Penyenggaraan dan pengurusan) 2007untuk dijalankan siasatan. Saya rasa kita semua kena sedia maklum yang AJK JMB dilantik ini bukan dari kalangan yang professional tetapi adalah sekumpulan penduduk yang mendapat kepercayaan mentadbir oleh Penduduk Bayu Villa. Maka seharusnya kita berikan mereka peluang dan ruang untuk membuktikan kewibawaan mereka.

      Terima kasih.

      Delete
    2. menurut Akta 663 AKTA Bangunan dan harta bersama (Penyenggaraan dan pengurusan) 2007

      Hak pembeli :-

      13. Atas permohonan oleh atau bagi pihak seseorang yang
      merupakan pembeli, atau oleh atau bagi pihak seseorang yang
      merupakan bakal pembeli,

      Badan hendaklah mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan yang memperakui—

      (a) amaun caj yang kena dibayar oleh seseorang pembeli;
      (b) masa dan cara pembayaran amaun caj itu;
      (c) takat, jika ada, yang caj itu telah dibayar;
      (d) amaun, jika ada, yang boleh didapatkan kembali kemudiannya oleh Badan berkenaan dengan petak itu;
      (e) jumlah wang yang terdapat dalam kredit Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan dan jumlah wang dalam akaun itu yang telah dikomitkan atau dirizabkan bagi perbelanjaan yang telah dilakukan oleh Badan;
      (f) jenis pembaikan dan anggaran perbelanjaan, jika ada, jika Badan telah melakukan apa-apa perbelanjaan atau hampir melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang berkenaan dengannya suatu liabiliti mungkin dilakukan oleh pembeli petak itu di bawah mana-mana peruntukan Akta ini; dan
      (g) amaun yang dibayar dan kena dibayar oleh pemaju bagi petak yang tidak terjual.

      Delete
    3. Kaedah-kaedah dalaman :-

      14. (1) Badan hendaklah—

      (a) menyimpan suatu rekod kaedah-kaedah dalaman yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
      (b) apabila menerima suatu permohonan secara bertulis yang dibuat oleh seseorang pembeli atau oleh seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memohon bagi pihak pembeli suatu salinan kaedah-kaedah dalaman yang berkuat kuasa, membekali pembeli atau orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh pembeli, pada kos yang munasabah, suatu salinan kaedah-kaedah dalaman; dan
      (c) atas permohonan mana-mana orang yang memuaskan hati Badan bahawa dia mempunyai kepentingan yang wajar dalam memohon sedemikian, menjadikan kaedah-kaedah dalaman itu boleh didapati untuk pemeriksaan.

      (2) Suatu salinan mana-mana kaedah dalaman yang dibuat oleh Badan dan apa-apa pindaan mana-mana kaedah dalaman yang berkuat kuasa pada masa ini, yang diperakui sebagai salinan benar di bawah meterai Badan, hendaklah diserah simpan oleh Badan dengan Pesuruhjaya dalam masa empat belas hari selepas ketetapan diluluskan oleh Badan yang meluluskan kaedah-kaedah dalaman itu.

      Delete
    4. Pembubaran Badan Pengurusan Bersama :-

      15. (1) Badan hendaklah disifatkan telah dibubarkan tiga bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan bagi bangunan itu.

      (2) Badan hendaklah—

      (a) tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan, menyerahkan kepada perbadanan pengurusan—

      (i) kaedah-kaedah dalaman;
      (ii) akaun teraudit Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diauditkan;22 Undang-Undang Malaysia Akta 663
      (iii) segala aset dan liabiliti Badan; dan (iv) rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi penyenggaraan bangunan dan harta bersamanya; dan

      (b) jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan di bawah subperenggan (a)(ii); tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan, menyerahkan kepada perbadanan pengurusan itu akaun yang diauditkan bagi Badan itu.

      (3) Jika Badan gagal mematuhi seksyen ini, tiap-tiap anggota Badan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

      (4) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh Badan, maka tiap-tiap anggota Badan itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira segala hal keadaan, ia membuktikan—

      (a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan
      (b) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

      http://www.mpklang.gov.my/documents/10124/3fb2ddc3-38ba-4499-86b5-40addddab15a

      Delete
    5. Banyak lg yg JMB tak bincangkan atau maklumkan kat semua penduduk sini. Ambil petak letak kereta merah didepan block D tu. Tak dengar bunyi lg nak remove petak merah2 tu jadi balik kuning. Semua AJK dan JMB diam saja tentang masalah tu. Nampak juga ada org letak benda halang parking kereta utk sendiri. JMB boleh jawap apa jadi dengan petak merah2 tu?

      Delete