Pembayaran RM 40,000.00 Dijelaskan
....................................................................................
JMB Bayu Villa
D-G-21, Bayu
Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur
9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang,
Selangor.
Tel: 03-3322 1787
Laman Web:
bayuvillaapartment.blogspot.com
Pengurus
Besar TNB Negeri 28hb
November 2014
Tuan,
Perkara
: Permohonan Membuat Bayaran Tunggakan Melalui Ansuran.
Nombor
Akaun : 01400044002701, 01400044002810, 01400044002908, 01400044003001, 01400044003110
Pada 27hb
November 2014, Encik Lee Boon Hoe selaku Bendahari JMB Bayu Villa yang telah
dipilih dan dilantik untuk menerajui Bayu Villa telah datang dan menghadiri
mesyuarat berhubung dengan notis “Kes Tunggakan Dan Pemotongan Bil Elektrik JMB
Bayu Villa” (terima pada 25hb November
2014) di pejabat TNB, Jalan Meru.
Kami difahamkan
bahawa pihak pengurusan TNB Klang akan memberi notis kepada Bayu Villa
Apartment untuk menjalankan aktiviti pemotongan bekalan elektrik ke atas Bayu
Villa Apartment dalam masa yang terdekat ini.
Disini kami
ingin meminta jasa baik pihak pengurusan TNB agar menimbang cadangan pemotongan
bekalan elektirk tersebut memandangankan ianya tidak dapat membantu dari segi
penyelesaian tunggakan malahan ianya akan menyebabkan huru hara yang tidak
sepatutnya berlaku memandangkan ada cadangan yang lebih pratikal untuk
menyelesaikan tunggakan sekitar RM 500,000.00
Semasa Encik Lee
dilantik pada 21hb September 2014, beliau telah cuba beberapa kali pergi ke
pejabat TNB Klang untuk berjumpa dengan pihak atasan supaya mengadakan perjumpaan untuk duduk
semeja bagaimana hendak menyelesaikan masalah tunggakan yang sedia ada tetapi beliau
dinasihati oleh Encik Rahman supaya membuat
bayaran dahulu bagi menunjukkan keikhlasan dan inisiatif dari Badan Pengurusan
Bersama (JMB) Bayu Villa untuk menyelesaikan tunggakan ini.
Sepanjang tempoh
selama 2 bulan menerajui JMB Bayu Villa, dengan kerjasama daripada Ahli
Jawatankuasa Bersama (JMC) Bayu Villa, kami telah berkomited untuk
menyelesaikan segala bil semasa TNB yang diterima. Dalam tempoh 2 bulan tersebut
kami telah berupaya menyelesaikan sejumlah bil semasa berjumlah RM 21,499.43
sehingga tarikh 28hb November 2014.
Pada perjumpaan
27hb November 2014, Bendahari JMB Bayu Villa juga berkomited untuk membuat
pembayaran pendahuluan sebanyak RM 40,000.00 sebagai langkah yang pertama bagi
memulakan proses perbincangan bagaimana
hendak menyelesaikan tunggakan yang sedia ada.
Buat masa ini,
JMB Bayu Villa sedang hangat menjalankan aktiviti mendapatkan tunggakan wang
penyelenggaraan daripada pemilik yang sedia ada. Kami telah memulakan langkah
dan program bagaimana hendak mengembalikan dan menaikan semula Bayu Villa.
Proses sebegini dapat membantu kami mendapatkan hasil tunggakan wang
penyelenggaraan sebelum diagih-agihkan kepada semua pemuitang yang sedia ada.
Oleh yang
sedemikian kerjasama daripada pihak pengurusan TNB dalam memberi satu peluang
kepada JMB Bayu Villa yang baru untuk membantu menyelesaikan tunggakan ini.
Disini kami ingin memberi cadangan agar pihak pengurusan TNB dapat menimbang
serta memberi peluang kapada pihak pengurusan JMB Bayu Villa dalam mengharungi
perjalanan yang berliku ini.
Cadangan JMB
Bayu Villa kepada TNB.
1) Pembayaran
pendahuluan (up-front) sebanyak RM 40,000.00 untuk memulakan proses mendapatkan
permohonan pembayaran ansuran untuk tunggakan lama.
2)
Pembayaran
bil semasa akan terus dilaksanakan setiap bulan.
3) Permohonan
meluluskan program pembayaran tunggakan melalui ansuran (installment) sebanyak
RM 10,000.00 sebulan.
4)
Permohonan
supaya fi penalti yang dikenakan selama ini tidak dikira di dalam akaun bil
yang selama ini dicaj keatas akaun JMB Bayu Villa.
Diharap
permohonan kali ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ianya akan
mendatangkan lebih kebaikan daripada menimbulkan keadaan huru hara yang tidak
sepatutnya berlaku.
Jika kami Badan
Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak menepati syarat yang dikemukakan,
pihak pengurusan TNB wajar dan berhak mengambil tindakan yang selanjutnya dalam
mendapatkan segala tunggakan yang sedia ada.
Kami JMB Bayu
Villa yang baru sahaja diberi surat lantikan oleh COB Klang pada 29hb Oktober
2014 ingin memohon maaf atas segala kejadian yang lepas oleh pengurusan JMB
Bayu Villa yang lama atas kecuaian mereka menjalankan kewajipan dan tugas
mereka dalam melaksanakan tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh penghuni
di Bayu Villa.
Keengganan dan
kedegilan pengurusan JMB Bayu Villa yang lama dalam menyelesaikan isu tunggkan
ini telah mengakibatkan pengurusan JMB Bayu Villa yang baru terpaksa menanggung
segala tunggakan yang sedia ada.
Baru baru ini
Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru telah membuat lapuran polis terhadap Badan
Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama kerana terdapat elemen elemen
penyelewengan wang yang telah berlaku ke atas pengurusan yang lama.
Siasatan yang
terperinci akan dijalankan oleh Pihak Polis Siasatan Jenayah Komersial (Klang) terhadap
perkara ini.
Sekali lagi,
kami ingin memohon maaf keatas segala kesulitan yang timbul sepanjang
perjalanan pihak pengurusan TNB bagi mendapatkan tunggakan yang tidak
sepatutnya berlaku.
Kerjasama
daripada pihak pengurusan TNB dalam menimbang serta menilai keikhlasan kami
dalam menyelesaikan segala tunggkan yang sedia ada.
Terima kasih,
Yang benar,
………………………………
Lee Boon Hoe
(Bendahari JMB
Bayu Villa)
cc. TNB Klang, Jalan Meru
COB
Klang, Majlis Perbandaran Klang
.................................................................................................................
Untuk makluman pembaca blog, pemotongan bekalan elektrik ke atas Bayu Villa akan menyebabkan keseluruhan rumah dan unit di dalam Bayu Villa berada dalam kegelapan walaupun setiap unit ada membuat pembayaran elektrik.
Perkara ini telah disahkan oleh Bendahari JMB Bayu Villa melalui maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan TNB kerana saluran elektrik yang sedia ada tidak boleh membahagi kawasan tempat awam (common area) dengan unit rumah di dalam Bayu Villa.
Jadi bila bekalan elektrik dipotong ianya akan menyebabkan keseluruhan Bayu Villa mengalami kegelapan.
No comments:
Post a Comment