Proses pemotongan bekalan air di Blok A berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Hari ini sahaja JMB Bayu Villa telah memotong 37 unit rumah yang mempunyai tunggakan RM 500.00 keatas.
Proses pemotongan bekalan air ini terpaksa dijalankan memandangkan seruan JMB Bayu Villa dalam menyelesaikan tunggakan wang penyelenggaraan tidak diendahkan.
Semasa proses pemotongan dijalankan ada di antara penghuni rumah memarahi JMB Bayu Villa KEJAM dan ZALIM kerana mengambil tindakan sedemikian.
Bendahari Bayu Villa Encik Lee yang kebetulan mengikuti keseluruhan proses pemotongan menerangkan bahawa notis telah dihantar sebanyak 3 kali mengikut peraturan yang ditetapkan tetapi ramai yang masih degil dan tidak mahu datang menyelesaikan isu tunggakan ini.
Sehingga lewat petang ada yang datang ke pejabat meninggikan suara mereka kerana tidak berpuas hati dan ada setengah daripada mereka mengatakan akan menggunakan peguam untuk menyaman JMB Bayu Villa.
Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee menerangkan bukan JMB Bayu Villa tidak memberi notis, notis sudah diberi 3 kali. Kenapa tidak mahu datang berbincang pelan ansuran. Kenapa bila dah dipotong bekalan air baru hendak memarahi JMB Bayu Villa.
Encik Lee menerangkan bahawa beliau adalah Bendahari yang dilantik dan harus menjalankan kerja dan proses mendapatkan tunggakan wang penyelenggaraan.
Sehingga jam 7.00 petang terdapat 14 unit rumah datang membuat pembayaran pemasangan semula sebanyak RM 50.00 bersamaan dengan pembayaran tunggakan wang penyelenggaraan sebanyak RM 500.00.
Ada di antara mereka merayu akan datang membayar pada keesokan harinya. Jika JMB Bayu Villa tidak menerima sebarang bayaran pada keesokan harinya, pemotongan bekalan air tetap akan dijalankan.
Buat masa ini proses pemotongan kali kedua akan dijalankan di Blok A pada hari Khamis (20.11.2014) sehingga kesemua tunggakan wang penyelenggaraan dapat dijelaskan.
Minggu depan JMB Bayu Villa akan menjalankan proses pemotongan bekalan air di Blok B. Proses pemotongan bekalan air di Blok B akan dimulakan pada hari Selasa (25.11.2014).
No comments:
Post a Comment