Thursday, December 25, 2014

Lif Di Blok E Telah Rosak Menyebabkan Lebih Kurang 5 Orang Tersangkut Di Dalam Lif Tersebut


Pada 23hb Disember 2014, sebuah lif di Blok E telah rosak dan tersangkut semasa lif tersebut mengambil 5 orang naik keatas. Kejadian yang berlaku pada waktu tengah malam telah mengakibatkan proses menyelamat terpaksa dilakukan.


  

Dengan bantuan beberapa orang penghuni, proses menyelamat akhirnya berjaya mengeluarkan penghuni yang tersangkut di dalam. Dalam pada itu pihak kontraktor lif telah dipanggil pada hari keesokannya dan mendapati talian papan utama mengalami kerosakan.


Proses menukar serta mendapatkan alat gantian sedang dilakukan bagi menukar kerosakan tersebut. Menurut kontraktor tersebut diharap alat gantian itu dapat disiapkan waktu petang pada hari Natal dan jika alat tersebut tidak dapat dicari ganti, kemungkinan besar penghuni kena bersabar sehingga hari Jummat.


Dalam waktu yang sama, tiba tiba terdapat lif di Blok A (tingkat 5), Blok B dan Blok D serentak mempunyai masalah dari segi kerosakan. Semalam lif di Blok B telah rosak dan tidak dapat berfungsi. 
 
Adakah kerosakan ini disebabkan oleh sabotaj selepas proses pemotongan bekalan air?

No comments:

Post a Comment