Wednesday, December 10, 2014

Proses Pemotongan Bekalan Air Secara Besar Besaran Dijalankan Di Blok A, B dan C Bagi Tunggakan Wang Penyelenggaraan Melebihi RM 800.00

Proses pemotongan bekalan air secara besar besaran dijalankan di Blok A, B dan C. Ianya melibatkan sebanyak 85 unit rumah yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM 800.00 keatas. 



Boleh dikatakan proses pemotongan bekalan air kali ini melibatkan penghuni ataupun tuan punya rumah (owner) yang menghuni di unit masing masing. 



  
Proses pemotongan hari ini dilakukan keatas unit yang tidak pernah dibuat pemotongan bekalan air sebelum ini. Unit yang dipotong bekalan air ini tidak pernah terlibat semasa proses pemotongan bekalan air yang dijalankan beberapa minggu yang lepas.



Bagi unit yang telah menerima pelan ansuran serta unit-unit yang telah dibuat pemotongan bekalan air sepanjang proses pemotongan Fasa 1 (Blok A) Fasa 2 (Blok B) dan Fasa 3 (Blok C) adalah dikecualikan daripada dikenakan pemotongan bekalan air buat kali kedua.







Pemotongan bekalan air ini amat diperlukan memandangkan ianya sebagai satu peringatan kepada semua penghuni bahawa agar membayar tunggkan wang penyelenggaraan masing masing bagi mengelakan pemotongan bekalan air ini.






Setelah berkali kali notis diberikan dan ditampal di kesemua lima blok masih ramai lagi yang tidak mengendahkan notis pemotongan bekalan air tersebut. Ada di antara mereka mengoyakkan notis yang ditampal di dalam lif.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa memandang berat dan serius akan tunggakan yang sebegitu besar sekali. Jika tindakan pemotongan bekalan air ini tidak dijalankan, ramai akan membiarkannya begitu sahaja dan ianya boleh memudaratkan proses pemulihan yang akan dijalankan di dalam Bayu Villa. 






Selepas proses pemotongan bekalan air, ramai daripada penghuni datang membuat ugutan terhadap pengurus bangunan dan juga pekerja pekerja pengurusan Bayu Villa. Mereka mengugut akan mengambil tindakan bermacam macam bagi menekan agar pihak pengurusan memasang balik bekalan air. 




"Tunggakan Tetap Tunggakan"





Ianya tetap akan dilaksanakan pada setiap bulan sehingga kesemua tunggakan ini dapat dijelaskan.

3 comments:

  1. KENAPA OPERASI PEMOTONGAN AIR HANYA BLOK A, BLOK B DAN BLOK C.... APA TERJADI DENGAN BLOK D DAN BLOK E...

    ReplyDelete
  2. Blok D dan E akan dijalankan pada minggu depan.

    ReplyDelete
  3. Congrats for the effort made by new management, in the name of common interest.
    In order to get well again, we all have to swallow a bitter medicine.

    Pity also to those unit whom water supply disconnected, hope can nego reasonably with the management for repayment plan...

    ReplyDelete