Sunday, December 28, 2014

Proses Pemotongan Dahan Pokok Diteruskan Bagi Menjaga Keselesaan Penghuni.


Kerja kerja memotong dahan pokok sedang dijalankan setiap minggu. Pemotongan kali kedua juga tidak menampakkan sebarang kemajuan dari segi pemotongan oleh kerana pekerja yang memotong tidak mempunyai pengalaman memotong.


 

Kerja pemotongan dahan pokok yang panjang memerlukan tong pembuangan sampah yang banyak. Setakat ini tiga tong pembuangan sampah telah digunakan setakat ini.



Gambar di atas serta di bawah merupakan kerja pemotongan dahan pokok yang kali ketiga dijalankan. Kali ini menampakkan kemajuan di mana dahan pokok yang dipotong lebih cantik dan teratur. 



Kerja pemotongan kali ketiga ini dijalankan berdekatan dengan Blok C. Semasa ditinjau keadaan kerja mereka, kerja pemotongan serta pembersihan giat dijalankan di mana terdapat 5 orang yang sedang menjalankan kerja pemotongan ini.



Sampah sarap seperti daun yang tersangkut di bumbung dibersihkan sepenuhnya bagi menjaga zink bumbung tahan lebih lama.



Saki baki daun yang jatuh dibersihkan bagi mengindahkan keseluruhan kawasan perkarangan. 




2 comments:

  1. JMB.

    PLS TAKE ACTION AT BLOK A.

    ReplyDelete
  2. JMB... Di Block C-G-10 ada orang curi sambung lektrik masuk ke dalam rumahnya melalui pintu belakang... JMB sila ambil tindakan secepat mungkin dan buat laporan polis...

    ReplyDelete