Friday, December 12, 2014

Kerja Memotong Dahan Pokok Akan Dilaksanakan Pada Setiap Hari Minggu.


Kerja memotong dahan dahan pokok akan dilaksanakan mengikut proses dari masa ke semasa mengikut jadual waktu kerja yang sesuai.

Keadaan dahan dahan pokok yang tumbuh begitu cepat sehinggakan terdapat penghuni penghuni yang membuat aduan bahawa rumah mereka selalu dipenuhi oleh daun atau baju baju yang disidai tidak dapat kering dengan cepat akibat pokok yang terlalu tinggi.


Proses percubaan memotong pokok tersebut yang dipotong oleh pekerja dalaman Bayu Villa tidak menampakan kejayaan di mana dahan dahannya dipotong habis. Keadaan ini memburukan dari segi pemandangan. Cuma dua batang pokok yang dipilih untuk proses percubaan.



Oleh kerana tiada pengalaman, proses pemotongan kali kedua akan dipantau sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa. 



Gambar pokok yang dahulunya telah ditebang cuma tinggal sebahagian dahan sahaja. Ianya amat menyakitkan mata. Atas aduan seorang penduduk, kesemua empat batang pokok ditebang atau dipotong habis bagi mengindahkan keseluruhan kawasan berdekatan dengan Blok A dan Blok B.


2 comments:

  1. JMB.
    PLEASE TAKE ACTION AT BLOK A.

    ReplyDelete
  2. JMB trees at Blok A need to cut off immediately , Old JMB they used to cut the trees every year without failed .

    ReplyDelete