Saturday, December 27, 2014

TNB Tidak Mahu Bertolak Ansur. JMB Bayu Villa Tidak Mempunyai Keupayaan Membayar Tunggakan Tersebut.


Permohonan untuk membayar tunggakan kepada TNB secara ansuran sebanyak RM 10,000.00 menemui jalan kebuntuan setelah TNB Bahagian Pembahagian di Shah Alam menolak permohonan JMB Bayu Villa untuk membuat bayaran ansuran setiap bulan.

Di dalam surat mereka ada menyatakan bahawa pembayaran ansuran cuma dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja bermula 30hb Disember 2014. 


Jumlah keseluruhan tunggakan sebanyak RM 433,764.10 yang harus diselesaikan dalam masa 3 bulan adalah amat mustahil sekali dan ianya tidak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Bukan begitu sahaja, pengecualian penalti juga tidak dibenarkan. Caj penalti yang dikenakan oleh TNB setiap bulan amatlah tinggi kerana setiap bulan caj penalti ini berada dalam sekitar RM 3,500.00 ke atas. 

JMB Bayu Villa akan cuba sedaya upaya menulis sepucuk surat permohonan rayuan agar pembayaran RM 10,000.00 harus diterima memandangkan JMB Bayu Villa tidak mempunyai keupayaan untuk membayar ansuran tersebut.


Jika permohonan kali ini gagal. JMB Bayu Villa tidak berupaya membantu atau menyekat TNB daripada memotong bekalan elektrik ke dalam Bayu Villa.

Susah susah JMB Bayu Villa membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM 40,000.00 kepada TNB, inilah balasan yang kami terima. Letih juga hendak menguruskan syarikat sektor swasta ini. PENING dibuat oleh mereka. 

Bila ada kehendak dan kemahuan menjelaskan tunggakan, kita juga yang menjadi mangsa atas kesalahan pengurusan JMB Bayu Villa yang lama. TNB nampaknya tidak akan bertolak ansur. Yang dikehendakinya ialah menjelaskan tunggakan sahaja.


1 comment:

  1. JMB... Di Block C-G-10 ada orang curi sambung lektrik masuk ke dalam rumahnya melalui pintu belakang... JMB sila ambil tindakan secepat mungkin dan buat laporan polis...

    ReplyDelete