Thursday, December 11, 2014

Pertikaian Mengenai Lapuran Polis Terhadap Syarikat Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd


Setelah membuat lapuran polis terhadap Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama, ramai yang mempertikaikan kenapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru tidak membuat lapuran polis terhadap Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd terhadap penyelewengan yang berlaku pada ketika itu (di antara 2010 sehingga 2013).

Untuk makluman anda semua, lapuran polis terhadap Bayu Villa Management Corporation Sdn Bhd yang dimiliki oleh Encik Bernard Thong telah dibuat oleh pengurusan JMB Bayu Villa yang lama pada 14hb November 2013.

Lapuran tersebut dibuat oleh bekas pengerusi JMB Bayu Villa Encik Mohamad Salim bin Alias. Oleh kerana lapuran polis telah dilakukan tiada sebab untuk JMB Bayu Villa yang baru membuat lapuran lagi.

Menerusi informasi yang diterima pihak polis sedang melakukan siasatan mereka.

2 comments:

  1. Tetapi tidak salah jika JMB Bayu Villa yang baru membuat lapuran polis ke-dua bagi mendesak siasatan segera bagi memastikan kebajikan penduduk dan integriti JK JMB lebih diyakini. Maklumlah lapuran pertama dibuat oleh JMB Lama ( 2010-2013 ) dan apalah kiranya JMB Baru ( 2014 ) membuat lapuran kedua supaya lebih nampak JK JMB memang bersatu dan komited untuk penyelewangan ini segera disiasat dan diadili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu tahu tak Syarikat Indera Management Services (KL) Sdn Bhd. yang kini diupah oleh JMB sebagai Syarikat Perkhidmatan Penyelenggaraan Bayu Villa adalah milik siapa ??? Kamu pergi siasat dulu baru tahu kenapa JMB tak nak buat laporan polis...

      Delete