Sunday, August 31, 2014

Keadaan Hujan Yang Berterusan Menyukarkan Kerja Pihak Pengurusan Menjaga Keadaan Kolam Renang.



Oleh kerana terdapat lapuran kes terbaru Deman Denggi yang berlaku di kawasan Taman Bayu Perdana (sumber dari pihak COB Klang), pihak Pro-Team pada Jumaat yang lepas (29.08.2014) membuat tinjauan dan pemeriksaan ke atas takungan air yang berada di dalam kedua kolam renang tersebut. 


Pemeriksaan ke atas kedua kolam renang tersebut didapati tidak mempunyai jentik jentik nyamuk. Tetapi setelah diperiksa dengan teliti, terdapat jentik jentik nyamuk yang hidup di tepi takungan kecil kolam renang tersebut iaitu dilaluan air yang mengalir masuk ke dalam kolam. 


Takungan yang terdapat di kawasan tepi takungan kolam air didapati mempunyai jentik jentik nyamuk. Pihak Pro-Team telah memaklumkan kepada pihak Pengurusan berkenaan situasi yang ada. Pihak Pengurusan (Pengerusi) memberitahu bahawa ubat nyamuk aedes telah ditaburkan ke dalam kolam tersebut dan akan mengambil tindakan secepat yang mungkin bagi mengatasi masalah pembiakan jentik jentik dilaluan air yang mengalir ke dalam kolam tersebut.


Kolam renang yang telah dibersihkan beberapa minggu yang lepas kini ditakungi air setelah dituruni hujan sejak kebelakangan ini. 


Diharap pihak penghuni serta pemilik yang tinggal berdekatan mengambil langkah berjaga jaga bagi menjaga kebersihan serta memastikan tiada takungan air yang berdekatan di kawasan perkarangan sekitar Apartment Bayu Villa. 


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 


7 comments:

  1. boleh tak bgtau apasal ada perniagaan atas rumput depan blk D ? Adakah itu bermaksud mana mana aje blk dgn rumput boleh berniaga , cendul, mee rojak, big john berger? Siapa yg memberi kuasa kpd mereka? MPK ?

    ada kah kemungkinan tempat tu pembiak nyamuk aedes jugak?

    ReplyDelete
  2. Itu adalah pemberian JMB yang lama. Susah nak dipersoalkan. Dengar khabar niaga burger curi electrik Bayu Villa. Tak percaya boleh pergi check.

    ReplyDelete
  3. tuhan ku....

    President Shamini tak mengambil tindakan..?

    ReplyDelete
  4. Tindakan tidak dapat diambil kerana menunggu "Sijil Perakuan" daripada COB Klang.

    ReplyDelete
  5. president baru konon konon masuk..swimming pool pun tak boleh nak buat apa apa...banyak contractor kat luar tu yang charge harga berpatutan...s'ebab tak kisah..nak sangat bernard masuk dah lupa nak buat apa.....

    ReplyDelete
  6. tindakan akan diambil selepas Lee kena denggi dan mampus kut.hahahahhhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lee tu siapa? kamu gelak sgat dia kena denggi dan mampus ?

      Delete