Friday, August 29, 2014

Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bagi Apartment Bayu Villa


Pada 27.08.2014  (Rabu) pihak Pengurusan JMB yang baru menerima panggilan talipon daripada pihak COB Klang untuk datang ke pejabat COB menerima sepucuk surat berhubung dengan siasatan status terbaru yang berlaku di dalam pemilihan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) yang lepas.

Setelah segala bukti berserta dengan dokumen yang telah di minta dan diserahkan kepada pihak COB Klang, pihak COB Klang membuat keputusan bahawa pemilihan dua lagi ahli jawatankuasa akan dilakukan melalui proses pemilihan EGM bagi mengisi kekosongan yang sedia ada. Kerusi jawatankuasa Bendahari berserta kerusi AJK akan di isi semula dan kerusi jawatankuasa yang sedia ada, Pengerusi, Setiausaha dan seorang lagi AJK akan dikekalkan.

Mengikut sumber maklumat yang di beri pemilihan kali ini akan diadakan dengan secepat yang mungkin bagi mengatasi keadaan serta kesukaran yang dihadapi oleh Pengurusan Bayu Villa.

2 comments:

  1. There is nothing MORE BETER than this letter for BV.

    TQVM MY LORD.

    ReplyDelete
  2. Indeed this is a very good positive news.

    ReplyDelete