Tuesday, August 26, 2014

Notis Berkenaan Caruman KWSP Yang Belum Dijelaskan.


Masalah demi masalah yang timbul dan tak habis habis dihadapi oleh Pengurusan JMB Bayu Villa yang baru. Baru baru ini JMB Bayu Villa terpaksa menanggung tanggung jawab apabila menerima surat amaran daripada pihak KWSP Klang berhubung dengan kelewatan atau kegagalan pihak pengurusan JMB lama menyelesaikan masalah tunggakan yang belum dijelaskan.


Pihak JMB terpaksa menggunakan wang yang di terima daripada wang penyelenggaran untuk menjelaskan tunggakan pada bulan Julai dan tunggakan seterusnya (bulan Mei dan bulan Jun) akan dijelaskan apabila pihak JMB mempunyai akses ke dalam akaun JMB Bayu Villa.

Perjumpaan pada 21.08.2014 dan penjelasan telah diberikan kepada pegawai KWSP berhubung dengan perkembangan yang terkini dan mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Jadi tindakan undang undang tidak akan dikenakan ke atas Bayu Villa. Penjelasan juga merangkumi status yang sedang berlaku di dalam peralihan kuasa Jawatankuasa Pengurusan Bayu Villa.


Punca berlakunya situasi sebegini adalah amat dikesali memandangkan Pihak Pengurusan JMB yang lama telah menyalahgunakan kuasa mereka sehinggakan kebajikan pekerja mereka tidak dijaga.

KEMANA PERGINYA KUTIPAN WANG PENYELENGGARAN SEHINGGAKAN CARUMAN KWSP PEKERJA DIABAIKAN? Adakah berlakunya penyelewengan kewangan di dalam pengurusan lama?
 
Pihak Pengurusan JMB yang lama sepatutnya bertanggung jawab ke atas isu yang timbul ini. Apakah bekas Setiausaha JMB lama Encik Titus, langsung tidak menjalankan kewajibannya dalam menguruskan kewangan Bayu Villa?

1 comment:

  1. KNP Encik Titus seorang aje? Masa JMB Lama , kan selalu tampal notis notis bertandatangan oleh Titus Raj dan seorang lg yg bernama Jeffry Abu Hassan? lepas tu ada lg seorang berbadan gemok, entah apa nama dia. Boleh kah JMB Baru berbincang dengan mereka?

    ReplyDelete