Monday, August 25, 2014

Status Sebenar Keadaan Bayu Villa Yang Sedia Ada.

PRO-Team Bayu Villa Apartment merayu kepada semua penduduk mahupun penghuni memahami keadaan situasi yang sedang dilalui oleh Ahli Jawatankuasa JMB Bayu Villa yang baru di lantik supaya memberi mereka tempoh dan masa untuk mengharungi keadaan situasi yang amat kritikal.

Mengenai "Sijil Perakuan" yang seharusnya dikeluarkan oleh pihak COB Klang kepada pihak Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa masih lagi dalam proses siasatan berikut terdapat dua individu yang di pilih serta di lantik ke dalam ahli jawatankuasa  tidak berupaya mengemukan "Resit Pembayaran" atas permintaan daripada pihak COB Klang.


Disebabkan oleh perkembangan yang terbaru ini dan tanpa "Sijil Perakuan" daripada pihak COB Klang, pihak pengurusan yang sedia ada tidak berupaya mempunyai akses  atau mengunakan Akuan Bank JMB Bayu Villa di Hong Leong Bank Berhad. Sila rujuk kepada link ini untuk memahami keadaan yang sebenar  http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/08/penyerahan-resit-atau-surat-akuan-sumpah.html

Dengan keadaan situasi kewangan yang begitu ketat, banyak aktiviti seperti pembayaran gaji pekerja, hutang kepada pemuitang seperti Syabas, TNB, perkhidmatan lif, kontrakor pembersihan, memperbaiki serta menaikkan taraf keadaan di dalam Bayu Villa tidak dapat dijalankan.



Kemungkinan besar pada awal bulan September pihak JMB Bayu Villa tidak lagi berupaya untuk mengambil dan memberi perkhidmatan Pengawal Keselamatan (security guards) untuk sementara waktu akibat keadaan kewangan yang amat kritikal (anggaran perbelanjaan sebulan untuk pegawai keselamatan ialah dalam sekitar RM 30,000.00 sebulan).


Bukan sahaja Bayu Villa menghadapi keadaan situasi yang amat genting sekarang di tambah pula ada beberapa individu yang tidak bertanggung jawab menjalankan aktiviti merosakkan lif, menutupkan punca paip air utama ke atas beberapa blok, merosakkan litar elektrik dan sebagainya (dipercayai dilakukan oleh individu yang berkaitan dan sepakat dengan pihak Pengurusan JMB yang lama)

Malahan pihak JMB Bayu Villa juga menghadapi masalah dengan beberapa orang pekerja sehinggakan ada di antara mereka tidak atau enggan bekerjasama dengan pihak pengurusan baru (pekerja yang di lantik oleh pengurusan lama). Ada di antara mereka berhenti kerja secara tiba tiba dan ini memaksa pihak pengurusan terpaksa mencari jalan alternatif mencari seorang penganti dalam keadaan tergesa gesa. Mujurlah ada seorang individu yang datang membantu pada saat yang genting ini.

Sehubungan dengan keadaan ini, Pro-Team Bayu Villa telah berbincang dan mencadangkan kepada Pengerusi supaya mengadakan "Mesyuarat Tergempar" bersama dengan penghuni di Bayu Villa pada 1hb September 2014 (Isnin) bagi membincangkan beberapa isu yang amat kritikal serta harus di beri tumpuan serta keutamaannya.

1 comment: