Tuesday, December 16, 2014

Pertikaian Mengenai Petak Parkir Yang Berwarna Merah


Semenjak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru mengambil alih, ramai penghuni datang membuat aduan dan pertikaian mengenai petak parkir yang berwarna merah yang telah mendapat banyak perhatian terutama penghuni penghuni yang tinggal di dalam.


Baru baru ini terdapat satu kes perbalahan mengenai parkir berpetak merah (tuan punya kedai) tersebut sehingga mencetus satu lapuran polis terpaksa dilakukan. Lapuran tersebut telah mengundang pihak polis datang ke Bayu Villa untuk membuat soal siasat berhubung kes memecahkan palang besi yang dibuat sendiri oleh tuan punya parkir. 

Perbalahan ini juga melibatkan Ketua Pengawal Keselamatan yang turut terlibat bersama sehingga mencetus rasa tidak puas hati dikalangan mereka. Malahan perkara ini juga melibatkan forum Persatuan Penduduk Bayu Villa (Whatapps) hangat membincangkan isu ini sehinggakan melibatkan pertikaian di antara sesama sendiri.Mujurlah seorang insan keluar memberi nasihat agar perkara ini jangan diperbesar besarkan.    

JMB Bayu Villa yang baru ingin memaklumkan bahawa pemberian petak parkir berwarna merah adalah polisi yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa yang lama. Ianya seperti ibarat polisi yang dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tidak boleh sesuka hati ditukar oleh Dato Seri Mohammad Najib Abdul Razak. 

JMB Bayu Villa yang baru tidak boleh sesuka hati mengambil balik petak parkir yang berwarna merah melainkan mengadakan satu lagi mesyuarat bersama kesemua pemilik tuan punya kedai mengenai status parkir mereka. Pendapat serta keprihatian harus diberi keutamaan, bukannya mencetus kemarahan dan kebencian yang tak sepatutnya berlaku.

5 comments:

  1. JMB PHONE NUMBER CHANGED AGAIN?

    ReplyDelete
  2. 1) Bukan saja pemilik kedai dapat pakir khas untuk kedai mereka.. KENAPA penduduk-penduduk BV yang lain juga dapat pakir merah ??? Apa keistimewaan mereka itu ???

    2) JMB yang lama suka buat perkara yang bodoh.. Adakah JMB yang baru juga nak ikut langkah bodoh JMB lama.. Please use ur brain to think n don't use ur asshole to think..

    ReplyDelete
  3. Bos. You punya perumpamaan politik tidak sesuailah Bos. Siapa cakap tak boleh. Bila Tun Mahathir berkuasa, beliau setuju dan sediakan peruntukkan untuk membina Jambatan Bengkok (Ketiga) Malaysia - Singapura untuk menggantikan Tambak Johor , naik Tun Abdullah terus tutup projek. Siapa berkuasa sekarang ini. Lagi satu sewaktu Tuanku Sultan Salahuddin hidup, Tuanku beri DS Anwar pingat Dato' Sri. Tetapi kenapa Tuanku Sultan Sharafuddin yang tarik balik. Ini bermakna sesiapa yang sedang berkuasa mempunyai hak untuk menentukan keputusan dan buat keputusan. Kenapa nak salahkan JMB Lama dengan terus menuding jari kepada yang sudah tidak berkuasa. Jangan tutup kelemahan JMB Baru dengan asyik nak salahkan JMB Lama. Tak baiklah Bos........

    ReplyDelete
  4. Si Bendahari Lee tu tak nak tutup pakir merah sebab dia sendiri ada tiga buah kedai.. Dia sendiri pun nak ada special tempat parking.. ada faham tak wahai penduduk-penduduk BV yang sekian lama dipermainkan oleh JMB baru ni..

    ReplyDelete