Petikan daripada 9hb Ogos 2014 - Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pengurusan (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/08/pengesahan-ahli-jawatankuasa-pengurusan.html)
"Pada 7hb Ogos 2014, pengerusi JMB dan AJKnya telah berjumpa dengan Puan Norhafizah dan menyerahkan resit bayaran caj penyelenggaraan kepada pihak COB Klang untuk mendapatkan pengesahan tetapi yang menghairankan ialah cuma tiga (3) anggota ahli JawatanKuasa (JMC) yang menghantar resit tersebut dan dua (2) lagi anggota ahli Jawatankuasa tidak beupaya mengemukakan resit bayaran caj penyelenggaran apabila di minta."
Sehubungan dengan perkembangan ini, pada hari Selasa yang lepas iaitu 12.08.2014 pihak Pro-Team ada berjumpa dengan pihak COB Klang (Encik Ari Adam) mengenai perkara di atas.
Pihak COB Klang memberitahu bahawa setiap perlantikan ahli Jawatankuasa yang baru di pilih haruslah mengemukan resit atau salinan yang asal bagi membolehkan "Perakuan Sijil" dapat diberikan. Oleh kerana terdapat diantara mereka yang tidak dapat mengemukakan resit tersebut (kemungkinan hilang dan tidak dapat di cari).
Pihak COB Klang mencadangkan agar tidak berlaku sebarang salah faham, individu yang tidak berupaya mengemukan resit bayaran tetapi sudah membuat bayaran tunggakan wang penyelenggaran tersebut haruslah berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah agar membuat "Surat Akuan Sumpah" bahawa mereka telah menjelaskan segala bayaran tunggakan wang penyelenggaran.
Apa yang berlaku sekarang ialah mereka tidak membuat sebarang "Surat Akuan Sumpah" seperti yang disarankan di dalam surat JMB Bayu Villa kepada mereka. Oleh yang sedemikian pada 18hb Ogos 2014, Pengerusi JMB Bayu Villa menulis sepucuk surat kepada pihak COB Klang agar meminta nasihat dan tindakan selanjutnya.
Daripada apa yang kita dapat lihat di sini, jelas sekali berlaku kecurigaan di dalam pihak Pengurusan JMB yang lama. Kenapa dalam penyata mengatakan mereka tidak berhutang tunggakan wang penyelenggaraan tetapi apabila di minta RESIT bayaran, mereka tidak berupaya mengemukan kepada pihak COB KLANG.
+SIASATAN+ selanjutnya akan dijalankan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Dipercayai terdapat beberapa individu memadamkan rekod hutang tunggakan wang penyelenggaraan masing masing menjadi kosong.
Jika benar perkara ini berlaku "LAPURAN POLIS" akan dilakukan keatas beberapa individu yang dipercayai terlibat. Mereka yang terlibat dan berupaya memadamkan rekod rekod tersebut dipercayai mempunyai akses ke dalam pejabat pengurusan
gelak aku, apasal boleh jadi macam tu?...syok muka muka ajk2 ,pengundi2 masa EGM . tgk ni ..longkang pulak dah.
ReplyDeleteIni yang gila nak pangkat. Dah lah hutang maintenance fees nak undi lagi..
ReplyDelete