Friday, September 26, 2014

Barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) Bayu Villa.

Untuk makluman kepada anda semua, blog ini tidak lagi menggunakan nama "Pro-Team Bayu Villa Apartment Klang" tetapi telah bertukar kepada "JMB Bayu Villa Apartment Klang". 
Penukaran nama ini berkuatkuasa pada hari Isnin yang lepas selepas beberapa ahli Pro-Team di lantik untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa.


Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang telah di lantik pada 21hb September 2014 . Berdiri dari kiri ke kanan.

1) Encik Ir. Arivananthan Sangalingam (AJK)
2) Encik Wong Choon Yee (AJK)
3) Cik Umah Devi Marimuthu (AJK)
4) Cik Noorshemah Shaik Dawood (Setiausaha)
5) Cik Sri Sharmini Seraithara (Pengerusi)
6) Encik Lee Boon Hoe (Bendahari)
7) Encik David Siew Chin Hin (AJK)
8) Encik Kevin Goh Kuong Yong (AJK)

Mengikut Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Akta 663) pemilihan Ahli Jawatankuasa tidak kurang daripada lima (5) dan tidak lebih daripada dua belas (12) pemilik yang sah dari segi undang undang yang tertera di dalam Akta 663. 

Ahli Jawatankuasa dengan sebulat suara tidak akan mengisi kekosongan di dalam 4 (empat) lagi ahli jawatankuasa yang belum di isi. Empat tempat kekosongan ahli jawatankuasa ini akan di isi oleh kaum Bumiputra yang layak mengikut peruntukan yang tertera di dalam Akta 663. Sesiapa yang layak dan ingin memohon menjadi ahli jawatankuasa dalam membangunkan Bayu Villa Apartment boleh terus membuat permohonan dengan Pengerusi Bayu Villa Apartment.

Sehubungan dengan keputusan jawatankuasa JMB Bayu Villa, Persatuan Penduduk Bayu Villa akan di jemput dan diberikan 2 (dua) tempat, Kawasan Rukun Tetangga Bayu Villa akan di jemput dan diberikan 1 (satu) tempat, Surau Al-Ikhwan Bayu Villa akan di jemput dan diberikan 1 (satu) tempat untuk duduk bersama di dalam jawatankuasa sebagai sub-committee membantu memberi idea dan cadangan serta bekerjasama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMC) dalam membangunkan Bayu Villa Apartment

11 comments:

  1. To make sure all AJK got thier outstading cleared up to date to fill up the seats. Please update on wall to show their monthly statment.

    ReplyDelete
  2. Tolong bagi no tel , bila sijil dah keluar.

    senang sikit nak contact.

    THX

    ReplyDelete
  3. yeap, muka gak..pastikan dorg nie jgn berlagak..


    ReplyDelete
  4. why sheema mum (saliha) not in this pictures here..she came together with ms shamini house by house begging for people to vote...

    ReplyDelete
    Replies
    1. U rindu pada gambar kak saliha ke????

      Delete
  5. begging - are you saying residents are being begged to vote?


    Tuhan KU !!! Gelak saya.....!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAK GELAK JUGA.... HAHAHAHAHAHAHAHAAHHA!!!!

      Delete
  6. sy dpt info yg mengatakan Encik Ir. Arivananthan Sangalingam (AJK) adalah seorang engineer di Brunei, buat masa ini dia sedang bercuti di sini, kalau dia balik Brunei, tempat dia siapa nak ganti.... dan Cik Umah Devi Marimuthu (AJK) dah tak duduk di sini semenjak di dipilih sbgi AJK... KENAPA JMB MEMILIH ORG2 YANG MACAM INI... NAMA SAJA ADA TAPI ORGNYA TAK ADA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. U nie penipulah...I nampak umahdevi kat BV....pergi bercuti kot....he,,,he...nak cuti pun tak boleh...

      Delete
    2. Kalau nak kutuk org.....tak payahlah kutuk sembunyi-2... Buang masa saje...kalau berani....tunjuklah identiti kamu

      Delete
  7. Ada org suka jaga tepi kain orang....rumah dia tak ade kain ke ..he...he...

    ReplyDelete