Tuesday, September 2, 2014

Mesyuarat Bersama Penghuni Serta Pemilik Di Dewan Bayu Villa - Perkembangan Yang Memberangsangkan.


Kehadiran penghuni serta pemilik di dalam Dewan Perhimpunan Bayu Villa. Masing masing membawa kerusi mereka sendiri.




Mesyuarat bersama penghuni serta pemilik dimulakan dengan penerangan oleh Pengerusi berkenaan situasi dan keadaan yang ada sekarang. Ramai pemilik berasa tidak puas hati akan perkembangan yang berlaku di Bayu Villa di mana tiada pengawal keselamatan untuk menjaga keadaan keselamatan di dalam Apartment Bayu Villa.



Ramai daripada mereka yang hadir bertanyakan keadaan sebenar dan apa yang sedang berlaku sehinggakan pihak pengurusan tidak mempunyai "Sijil Perakuan" daripada pihak COB Klang.

Pengerusi juga menerangkan bahawa "Sijil Perakuan" ini tidak dapat diberikan kerana terdapat banyak surat bantahan yang di terima oleh pihak COB Klang dan perlu di siasat kesemua bantahan tersebut sebelum tindakan selanjutnya.


Disebabkan oleh pihak pengurusan tidak mempunyai "Sijil Perakuan", akses ke atas akuan bank tidak dapat digunakan. Pengerusi juga menerangkan bahawa banyak lagi perkhidmatan seperti pembersihan oleh kontraktor, perkhidmatan lif dan sebagainya akan diberhentikan kerana pihak pengurusan tidak mempunyai akses ke atas akaun bank.


Buat masa ini perkhidmatan pembuangan sampah akan dilakukan di kesemua blok yang ada dengan pembayaran sebanyak RM1,800.00 sebulan kepada kontraktor yang bersetuju menjalankan kerja pembuangan sampah.

Pengerusi juga menerangkan bahawa pihak COB Klang telah selesai menjalankan siasatan dan telah mengarahkan supaya diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang baru. 

Pengerusi mengumumkan kepada penghuni yang hadir bahawa tarikh baru yang dicadangkan akan diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang baru ialah pada 21.09.2014 (Ahad).


Cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 21.09.2014 perlu mendapat maklum balas daripada pihak COB Klang sebelum ianya dapat dilaksanakan.



Penerangan juga diberikan kepada penghuni serta pemilik mengenai tujuan pemilihan semula ini dilakukan kerana pihak COB Klang mendapati terdapat dua ahli jawatankuasa yang di pilih pada hari pengundian yang lepas tidak berupaya menyerahkan dokumen seperti yang di minta oleh pihak COB Klang.



Salah seorang penghuni menyuarakan rasa tidak puas hati beliau akan keadaan yang berlaku sehinggakan keluarga beliau terpaksa mengalami masalah dari segi penggunaan lif serta keadaan keselamatan di dalam Bayu Villa.

Beliau juga menyeru agar semua penduduk Bayu Villa yang hadir pada hari itu bekerjasama dengan Badan Pengurusan Bersama JMB serta Pengerusi untuk menangani masalah yang timbul di dalam Bayu Villa.



Pengerusi juga memerangkan beliau telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan perkhidmatan daripada beberapa buah syarikat penyelenggaraan tetapi tiada sebuah syarikat pun yang berminat untuk menguruskan Bayu Villa. Oleh itu Pengerusi mencadangkan bahawa buat masa ini pihak pengurusan JMB cuba mendapatkan perkhidmatan bekas syarikat penyelenggaraan untuk menguruskan penyelenggaran di dalam Bayu Villa. 


Oleh kerana dalam keadaan status Bayu Villa berada dalam keadaan tenat, pihak pengurusan tidak mempunyai pilihan selain mencadangkan serta membuat tawaran dan menerima perkhidmatan daripada bekas syarikat penyelenggaran yang lama atas syarat bahawa bekas syarikat penyelenggaraan ini akan di pantau serta diawasi oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa.

Cadangan tersebut  mendapat bantahan daripada penduduk yang hadir dan mereka tidak bersetuju untuk menerima bekas syarikat penyelenggaraan tersebut. Mereka menyuarakan ketidak puas hatian mereka terhadap tuan punya syarikat tersebut.


Semasa Pengerusi masih memberi penerangan serta penjelasan mengenai pelantikan syarikat penyelenggaraan tiba tiba salah seorang penghuni keluar (Encik Jeffry Abu Hassan) membuat penerangan bahawa beliaulah merupakan orang yang membuat bantahan kepada pihak COB Klang sehinggakan terdapat kelewatan dalam pengeluaran "Sijil Perakuan".

Encik Jeffry dengan suara yang lantang, keras serta berpakaian ala-tentera dengan sejenis alat yang digantungkan di belakang beliau, memberitahu kepada semua penduduk apa yang telah berlaku semasa beliau berada di dalam pengurusan dan perselisihan faham beliau dengan Pengerusi. Beliau cuba mempengaruhi penduduk yang hadir di dalam mesyuarat tersebut dan menjelaskan kenapa tidak boleh menerima bekas syarikat penyelenggaran tersebut. 


Penghuni dengan spontannya menerangkan mereka tidak berminat untuk mendengar cerita yang lama. Apa yang mereka inginkan ialah untuk melihat kemajuan dan peningkatan yang amat diperlukan di dalam Bayu Villa.


Isu yang dibincangkan sekarang ialah bagaimana hendak mengatasi isu isu yang berlaku di dalam Bayu Villa dan bukanlah hendak mendengar penerangan isu persengketaan di antara beliau (Encik Jeffry) dengan Pengerusi.

Penghuni dengan terus terangnya menolak sama sekali penerangan Encik Jeffry berhubung isu lama. Mereka mengatakan yang lepas dah lepas dan ianya haruslah dibiarkan. Penduduk kena memandang ke hadapan bagaimana usaha menyelamatkan Bayu Villa dapat dilaksanakan.


Akhirnya disebabkan ramai penghuni yang hadir tidak memahami kenapa pelantikan syarikat penyelenggaran ini amat diperlukan, pihak Pro-Team mengambil kesempatan menerangkan akan situasi dan keadaan yang berlaku di dalam Bayu Villa. Penerangan demi penerangan diberikan kepada mereka yang hadir pada hari itu.

Penerangan juga melibatkan kenapa pelantikan bekas syarikat penyelenggaran perlu dilakukan dengan kadar segera serta perlu mendapat persetujuan daripada semua penghuni yang hadir. Jika tiada persetujuan daripada penduduk yang hadir maka pelantikan ini tidak akan dilaksanakan. Dengan adanya persetujuan daripada semua penduduk yang hadir, pelantikan bekas syarikat penyelenggaran baru dapat dilaksanakan.

Di akhir perbincangan, kesemua penduduk yang hadir dengan sebulat suara menyokong akan cadangan melaksanakan pelantikan syarikat penyelenggaran untuk menguruskan kerja penyelenggaraan di Bayu Villa. 

8 comments:

  1. APE????????

    ADA TENTERA KAT BAYU VILLA...ATAU TENGAH MAIN COSPLAY..

    ReplyDelete
  2. Dah pula ade milf sesat. Pakai tudung tpi perangai mcm haram. Suara mcm itik nak berak. Mulut busuk. Ckp anak org bodoh Padahal die lagi bodoh. Muka tua x sedar diri. On off pakai tudung. Malukan agama. Anak beranak sama je bodoh. Bayar mahal2 tapi anak Aq jadi bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud kamu? siapa ckp anak org bodoh?

      Delete
    2. Diam larrr. Dah xsedar diri tidur dengan lelaki India. Anak last tu bapanya India. Menyesal Aq hantar anak sana buat bazir duit. Taubat lar! Jangan buat malu Islam je. Dah Ada anak luar nikah. Perangai biar baik.

      Delete
  3. Lain Kali nk attend meeting anda sebagai president sila berpakaian dengan baik Dan sopan lah. Jangan nak tunjuk Sgt `benda` anda n apa yg anda semua perempuan pun ada. Hormat sikit pada orang lain. Sebab yang datang semua berkeluarga n bawa anak2 lagi. Fikir keadaan diri dulu sebelum lihat orang lain. Bodoh takde Otak.

    ReplyDelete
  4. if you are with brain, you will tell the president politely, you mouth are equivalent to her dressing ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. she didn`t see herself on mirror before leave the house ke?? mata dah buta? xckup 4 mata? kata president. xkan xreti dressing kut? mau ajar kew tu pun? baik xyah jadi president kalau nie pun tak tahu bodoh. u klau ada otak u lar gi tegur die. ms shamini pakai la baju betul sbb smua tengok rama-rama u..

      Delete
    2. aku tabik kamu punya mulut...baik kamu see your own mirror dan see how your mulut bergerak..

      Delete