Sunday, November 9, 2014

Pengawal Keselamatan Yang Baru Dilantik. Permulaan Akan Menjaga Pintu Di Blok D.


Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah melantik seorang pengawal keselamatan yang baru iaitu Encik Mohd Zulfadli bin Abdul Rahman. Beliau telah ditugaskan untuk menjaga pintu masuk di Blok D dan waktu pekerjaan beliau adalah daripada malam sehingga waktu pagi.

Diharap semua penduduk serta penghuni bekerjasama dengan pengawal keselamatan yang baru dilantik bagi membendung kes pecah rumah yang mungkin berlaku.

6 comments:

  1. Berapa gaji yang JMB bayar untuk setiap seorang pengawal keselamatan ?? JMB sila jawab ?? Saya dah banyak kali tanya kenapa JMB tak nak bagi tahu ?? Ada yang tak kena dengan JMB ke ?? Kenapa takut sangat nak bagi tahu ??

    ReplyDelete
  2. Apa yang beliau kata adalah betul , JMB bayar seorang pengawal keselamatan ? BV penduduk ada hak tahu perkara ini , sebab yang bayar gaji untuk pengawai keselamatan atau lain-lain bayaran adalah duit penduduk2 BV , tiap bulan kami bayar RM100 , Pihak JMB sepatuk kena tanpa di Papan Notice Berapa Wang IN & Berapa Wang Out ( STATEMENT ) untuk semua penduduk-penduduk faham , sebab saya pernah tengok di lain Apartment JMB buat begitu , mengapa JMB BV tak mahu macham ini ? Jadi , saya percaya semua penduduk akan bayar Maintenance fees on time kepada JMB Baru .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, kalau kita tak nak bayar maintenance fee JMB akan kunci meter air kita dan kata kita tak nak berkerjasama, tapi bila kita dah bayar dan bila kita ada masalah JMB langsung tak nak layan.

      Delete
  3. Apa gunanya ambil pengawal keselamatan jaga di pintu masuk Blok D tapi pintu guard house di antara Blok C dan Blok D dah rosak tak boleh kunci. semua orang tetap boleh keluar masuk melalui pintu di guard house sesuka hati mereka. JMB tak guna otak ke sebelum buat sesuatu keputusan.

    Pintu besi yang baru dipasang diantara Blok C dan Blok D terlalu tinggi. pada malam anjing liar dari luar tetap boleh masuk melalui celar bawa pintu besi tersebut. terdapat 5 ~ 8 ekor anjing-anjing liar yang saiz besar-besar dan garang selalu masuk ke dalam kawasan BV menyalak dan bergaduh antara satu sama lain. Bukan ke JMB janji akan arrange MPK datang tangkap. Cakap aje pandai,.

    ReplyDelete
  4. Apa no. talipon Encik Mohd Zulfadli dan pengawal keselamatan yang lain. sila paparkan di setiap notice board.

    ReplyDelete
  5. JMB. Sila tutup kedua-dua pintu kecil di sebelah pagar tempat burger tu. Jangan sebab untuk kesenagan si budak jual burger tu dan abaikan keselamatan seluruh penduduk2 di BV.

    ReplyDelete