Saturday, November 15, 2014

Takungan Air Dan Bahaya Pembiakan Nyamuk Aedes. Kerja Pembersihan Dijalankan.


Kerja kerja membersih dan memperbaiki takungan air di tingkat bawah Blok A (A-G-18) sedang dijalankan. Akibat terdapat paip air yang pecah, ianya telah menyebabkan kawasan halaman tersebut ditumbuhi dengan rumput dan takungan air yang begitu banyak.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa berasa hairan kenapa kes ini tidak pernah diberi tumpuan yang utama oleh pengurusan lama memandangkan ianya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.


Seorang penduduk yang prihatin telah memberitahu kepada JMB Bayu Villa bahawa tempat takungan itu telah dibuat lapuran semenjak 2 pengurusan lama tetapi tidak pernah diambil tindakan.

Boleh dikatakan kes ini telah berlarutan lebih daripada setahun dua sehingga tuan punya rumah letih untuk membuat aduan kerana tidak pernah diambil tindakan.


Dipercayai paip tandas pembetungan saluran paip air telah pecah. Walaupun rumput telah dipotong dan dibersihkan ianya masih nampak kotor lagi.


Konkrit semen terpaksa dipotong supaya dapat mengalirkan takungan air yang bertakung di situ keluar sebelum kerja memperbaiki masalah pembetungan saluran paip air dapat dijalankan.




No comments:

Post a Comment