Sunday, November 16, 2014

Proses Pembayaran Ansuran Tunggakan Lif Bermula. Tunggakan Sebanyak RM 26,100.00


Proses pembayaran ansuran kepada syarikat perkhidmatan lif telah bermula. Tunggakan kepada syarikat Shinyou Elevator Mfg. Sdn. Bhd. adalah sebanyak RM 26,100.00.  

Bagi ansuran yang pertama, JMB Bayu Villa telah membuat bayaran yang pertama sebanyak RM 2,100.00.


Semasa membuat pembayaran yang pertama kepada Syarikat Shinyou, Encik Raymond. Beliau merasa terlalu gembira dan tidak menyangka dapat menerima pembayaran ini untuk tunggakan yang tidak diterima oleh syarikatnya selama ini. 

Beliau mengeloh sepanjang perkhidmatan beliau sebanyak 8 bulan sehingga bulan Ogos 2014, syarikatnya cuma menerima satu kali sahaja bayaran perkhidmatannya sebanyak RM 3,600.00 pada bulan Mac 2014.


Diharap pembayaran ini akan mengurangkan bebanan Bayu Villa dari masa ke semasa. Pihak syarikat Shinyou Elevator juga menawarkan akan kembali memberikan perkhidmatan beliau tetapi proses perlantikan kontraktor lif masih di dalam perbincangan.

Buat masa ini JMB Bayu Villa masih menilai sejauh manakah kerosakan yang dialami oleh 4 lif yang tidak berfungsi dan sedang mendapatkan jumlah kos perbelanjaan untuk memperbaiki kesemua lif tersebut.  

2 comments:

  1. good job.
    Anyway, while waiting for the lift to be repair, can management instruct the cleaner not to use the only available lift at each block during morning hour before 9am?
    Because of the cleaner using the only available unit of lift, we always need to wait for more than 5 minutes for the lift because the cleaner stop the lift at each floor to clear the dustbin.
    It is rushing hour to go office or sending child to school.
    Hope the cleaner understand.
    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. TOTALLY AGREED! GREAT SUGGESTION!

      Delete