Monday, November 17, 2014

Tunggakan RM 1,428.90 Oleh Pengurusan Bayu Villa Yang Lama Kepada Bayu Borneo Hardware Trading


Tiga hari yang lepas Bendahari JMB Bayu Villa telah pergi berjumpa dengan pihak pengurusan Bayu Borneo Hardware Tarding untuk menjelaskan tunggakan yang dihutang oleh JMB Bayu Villa yang lama.

Bayu Borneo mengeluh beliau telah cuba beberapa kali untuk mendapatkan tunggakan tersebut tetapi tidak berjaya. Melihatkan kepada kes ini yang ada berhubung kait dengan JMB Bayu Villa, Pengerusi JMB Bayu Villa Cik Sri Sharmini bersama dengan Bendahari Bayu Villa Encik Lee bersetuju untuk menyelesaikan tunggakan sebanyak RM 1,428.90.

Kesian juga JMB Bayu Villa melihatkan tunggakan yang tidak dibayar memandangkan tunggakan ini banyak melibatkan barangan yang murah. Untung tak seberapa tetapi jika tunggakan tidak dibayar ianya akan menyusahkan orang sahaja. 

No comments:

Post a Comment