Wednesday, January 28, 2015

Kerja Penyemburan Ubat Nyamuk Secara Besar Besaran. Wabak Deman Denggi Berleluasa.


Kes deman denggi dikatakan telah sampai ke peringkat yang merbahaya. Mengikut sumber yang didapati daripada pihak hospital Klang, jumlah pesakit yang mengalami deman denggi meningkat dengan begitu mendadak sekali.





Perkara ini berlaku setelah musim hujan yang melanda pada bulan lepas dan kini telah menyebabkan pembiakan nyamuk yang begitu berleluasa. 


 

Rata rata boleh dikatakan terdapat beberapa orang penghuni menghadapi deman denggi dan kawasan kediaman Bayu Villa dan Taman Bayu Perdana telah diwartakan sebagai kes deman denggi yang tinggi.




Untuk mengurangkan keadaan kejadian kes deman denggi yang tinggi di dalam kawasan Bayu Villa, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menjalankan proses pemyemburan secara besar besaran yang melibatkan keseluruhan Bayu Villa.




Porses penyemburan ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik di mana proses penyemburan bermula dari pukul 6.30 petang dan berakhir sehingga lebih kurang pukul 10 malam.




Penyemburan kali ini berlainan dengan penyemburan yang dibekalkan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang di mana pemyemburan ubat nyamuk kali ini dilakukan di setiap penjuru dan di setiap tingkat bangunan A,B,C,D dan E.




Kebiasaan kerja penyemburan yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang lebih kepada keseluruhan kawasan bawah rumah sahaja dan tidak sampai kepada keseluruhan setiap tingkat.




Memandangkan kes deman denggi yang begitu tinggi, perlaksanaan ini amatlah perlu bagi membendung kejadian kes deman denggi daripada berulang. 




Penghuni di dalam Bayu Villa diminta supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan Bayu Villa dan memastikan rumah mereka sentiasa di sembur dengan ubat nyamuk bagi menghindari berlakunya kejadian deman denggi. 




Untuk kerja penyemburan ini yang berjalan lebih kurang selama 3 jam setengah, kos perbelanjaan membuat semburan dari setiap tingkat ke setiap tingkat di kesemua 5 blok bangunan menelan perbelanjaan sebanyak RM 500.00. 



No comments:

Post a Comment