Wednesday, January 7, 2015

Kandungan Surat Rayuan Kepada TNB Berkenaan Pembayaran Tunggakan. Pemotongan Bekalan Elektrik Akan Dijalankan Mulai 19hb Januari 2015.




................................................................................................................................

JMB Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33221787
Email: bayuvillaapartment@gmail.com

Aras 6, WISMA TNB SUBANG JAYA,
JALAN USJ 10/1A, USJ 10,
47620 SUBANG JAYA, SELANGOR                                             05.01.2014
Rujukan tuan:TNB(B)/SELA/PBN_KEW 14/19/28


Permohonan Pembayaran Tunggakan Melalui Ansuran
No Akaun : 0140 00440027 01, 0140 00440028 10, 0140 00440029 08,
0140 00440030 01, 0140 00440031 10
Nama Akuan : KLS Holding Sdn Bhd
Nama Pengguna : JMB Bayu Villa
Jumlah Tunggakan : RM 423,764.10

Berhubung dengan perkara di atas dan surat tuan yang bertarikh 18 Disember 2014 berserta dengan surat kami yang bertarikh 28hb November 2014 dirujuk.

2. Cadangan asal untuk membuat bayaran ansuran sebanyak RM 10,000.00 sebulan merupakan jalan penyelesaian yang paling sesuai dan kena pada tempatnya. Pengiraan ini adalah berdasarkan kepada jumlah purata kutipan setiap bulan yang dapat dibayar balik oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa.

3. Penyata kewangan bank JMB Bayu Villa yang terbaru bertarikh 13hb Disember 2014 menunjukkan jumlah baki yang terdapat di dalam bank cuma sebanyak RM86,566.57. Keupayaan yang ada pada kami seperti yang dapat dilihat jelas sekali perlaksanaan membuat pembayaran ansuran sebanyak 3 kali adalah mustahil sama sekali. Dimanakah keupayaan JMB Bayu Villa mendapatkan sejumlah RM 423,764.10 yang harus dijelaskan untuk 3 kali ???

4. Permohonan kami untuk mengecualikan pembayaran penalti juga tidak dipertimbangkan. Kami di sini bukan sebuah entiti atau sebuah syarikat yang mempunyai sebarang keuntungan. Wang dikutip adalah untuk menyelenggara serta memastikan keseluruhan Bayu Villa dapat berfungsi mengikut keadaan semasa.

5. Untuk menunjukkan keikhlasan kami, pada bulan Disember 2014 kami telah menjelaskan bayaran bil semasa dan juga pada 30hb Disember 2014 kami telah membuat pembayaran ansuran yang pertama sebanyak RM10,000.00 ke dalam akaun 0140 00440031 10.

6. Lapuran polis juga telah dibuat keatas isu kes penyelewengan yang berlaku keatas pengurusan JMB Bayu Villa yang lama. Kami percaya pihak pengurusan yang lama (selama 9 bulan mereka mengurus) tidak pernah sekali pun membuat bayaran kepada pihak TNB sehingga mereka digulingkan.

7. Kami merupakan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru dilantik pada 21hb September 2014 dan sehingga kini sebarang tunggakan bil semasa (anggaran RM30,000.00) telah kami jelaskan sepenuhnya. Yang jelas ianya membuktikan bahawa kami ingin bekerjasama dengan pihak TNB.

8. Bayaran pendahuluan sebanyak RM40,000.00 telah kami dahulukan untuk membuktikan kami sememangnya ingin menyelesaikan perkara ini melalui proses perbincangan. Jika dikira sehingga kini bayaran sebanyak RM50,000.00 telah dijelaskan ke atas tunggakan lama.  Keseluruhan anggaran RM80,000.00 telah dibayar dalam tempoh 3 bulan.

9. Anggaran jumlah tunggakan keseluruhan kepada pemuitang: RM 970,000.00

Komitmen Bayu Villa setiap bulan ke atas tunggakan dan semasa:
a)   TNB Berhad : RM10,000.00
b)   Syabas Berhad : RM10,000.00
c)   Reeliance Security Services Sdn Bhd : RM5,000.00 (tunggakan lama)
d)  TS Shun Shine Cleaning Service : RM2,000.00 (tunggakan lama)
e)    Shin You Elevators Sdn Bhd : RM2,000.00 (tunggakan lama)
f)     Pejabat Tanah Galian : RM8,395.60 (tetap)
g)    Indera Management (KL) Sevices : RM19,400.00 (semasa)
h)    Pengawal Keselamatan (Inhouse) : RM11,000.00 (semasa)
i)     Bil Semasa TNB : RM10,000.00 (anggaran)
j)     Bil Semasa Syabas : RM25,000.00 (anggaran)
k)    Wony Sdn Bhd : RM2,200.00 (tetap)
l)     Canny Elevators Sdn Bhd  - RM4,500.00 (tetap)
m)   Lain lain – RM8,000.00 (anggaran)

Anggaran perbelanjaan sebulan: RM117,495.00

10. Jumlah anggaran kuitpan JMB Bayu Villa setiap bulan.

Purata setiap unit yang dikenakan caj wang penyelenggaraan : RM 100.00 sebulan. Terdapat 760 unit rumah di dalam Pangsapuri Bayu Villa.

a)    Wang penyelenggaraan : RM 76,000.00 (jumlah dapat dikutip RM50,000.00)
b)    Bekalan Air : RM15,000.00
c)    Lain lain : RM1,000.00

Jumlah keseluruhan anggaran kutipan: RM 66,000.00

11. Untuk makluman pihak TNB, tunggakan wang penyelenggaraan daripada penghuni sehingga 31hb Disember 2014 keatas pihak pengurusan JMB Bayu Villa ialah dalam sekitar RM720,000.00 sehingga RM750,000.00.  

12. Daripada kiraan kutipan tunggakan wang penyelengaraan ini, ianya akan menyelesaikan segala masalah tunggakan yang sedia ada. Daripada pengiraan kami, JMB Bayu Villa memerlukan sekurang kurangnya 3 ke 4 tahun untuk pulih kepada keadaan asal.

13. JMB Bayu Villa percaya proses pemulihan dapat dijayakan tetapi memerlukan sokangan yang kuat daripada penghuni serta syarikat swasta seperti TNB dan Syabas. Pihak Syabas telah pun menerima rancangan kami melalui pembayaran ansuran sebanyak RM10,000.00 sebulan. Kenapa pihak TNB tidak boleh membantu kami?

14. Jika usul yang dicadangkan masih tidak mendapat prihatinan daripada pihak TNB, kami sememangnya tidak lagi mempunyai sebarang perisai untuk menangkis sebarang tembakan peluru yang bertubi tubi daripada pihak TNB. Segala dokumen seperti penyata bank, lapuran polis akan kami sertakan sebagai bukti. 

Sekian terima kasih,


Yang benar,



…………………………………

Bendahari – JMB Bayu Villa

.....................................................................................................................................

Di atas merupakan surat jawapan yang telah diberi kepada pihak TNB. Untuk makluman anda semua pihak TNB tetap akan menjalankan pemotongan bekalan elektrik keatas Bayu Villa mulai 19hb Januari 2015 kerana JMB Bayu Villa tidak berupaya membuat bayaran ansuran sebanyak 3 kali. 

No comments:

Post a Comment