Sunday, January 25, 2015

Pegawai Suruhanjaya Tenaga Datang Membuat Siasatan Pemotongan Bekalan Elektrik.


Sehari selepas pemotongan bekalan elektrik (21hb Januari 2015), Suruhanjaya Tenaga datang membuat siasatan atas aduan yang dibuat oleh penduduk mengenai isu pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

Setelah berbincang selama lebih kurang 45 minit. Akhirnya pihak Suruhanjaya Tenaga mendapati TNB tidak berhak memotong bekalan bekalan elektrik pengguna yang tidak mempunyai tunggakan.


Maka melalui akta yang disediakan, Suruhanjaya Tenaga berhak mengarahkan TNB memasang balik semula bekalan elektrik kepada Bayu Villa kerana mencabuli hak pengguna yang tidak mempunyai tunggakan.

Walaupun isu mengenai tunggakan amatlah besar dan sepatutnya diselesaikan di antara kedua pihak dan Suruhanjaya Tenaga tidak boleh melibatkan dalam hal ini tetapi pemotongan bekalan elektrik penghuni yang tidak mempunyai tunggakan boleh menyebabkan Suruhanjaya Tenaga campur tangan mengenai kes pemotongan bekalan ini.
  

2 comments:

  1. JMB, Blok C-G-10 Mencuri Sambung Bekalan Elektrik Lagi.. Orang yang DEGIL sebegini tak perlu bagi muka.. JMB buat laporan polis sahaja..

    ReplyDelete
  2. File Police Report Pls

    ReplyDelete