Thursday, January 8, 2015

Notis Makluman Gangguan Bekalan Elektrik. Pemotongan Bekalan Elektrik Akan Dijalankan Pada 20hb Januari 2015.


Ini merupakan notis yang telah diberi oleh Tenaga Nasional Berhad kepada setiap unit rumah mahupun kedai berkenaan notis pemotongan bekalan elektrik ke atas Bayu Villa pada 20hb Januari 2015. 

Notis ini telah diletakan di dalam peti surat setiap penghuni di Bayu Villa. Notis ini diberikan berikutan JMB Bayu Villa tidak berupaya membuat bayaran ansuran berjumlah RM 423,764.10 sebanyak 3 kali.  

Walaupun setiap individu rumah yang telah membayar bil elektrik masing masing, pemotongan bekalan elektrik ini akan menyebabkan keseluruhan dalaman Bayu Villa tidak mempunyai bekalan elektrik termasuk setiap kediaman.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak lagi berupaya menghalang tindakan yang hendak diambil oleh pihak TNB kerana segala surat rayuan serta pembayaran ansuran telah dilaksanakan tetapi TNB tetap hendak memotong bekalan elektrik. 


9 comments:

  1. Can we get legal advice on this matter.

    ReplyDelete
  2. Why management didn't call for meet with residential for long time?

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Semua

    Saya sudah mendapat sedikit penjelasan ringkas mengenai hal ini di talian 03-3341 20 20 samb. 230, Bekalan di kediaman akan terlibat walaupun bil individu kerana apabila pemotong dilaksanakan maka "Main Switch" akan dicabut. Untuk Bayu Villa "saya rasa" hanya satu suis utama. Inilah sebabnya setiap unit kediaman turut terlibat.

    Apa nak buat. Jika tak faham penjelasan JMB atau masih nak tunggu penjelasan JMB maka boleh bertanya langsung di TNB Klang untuk memahami lanjut. Walaupun TNB minta kita bertanya dengan JMB tetapi sedikit maklumat boleh memberi kita kefahaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas keprihatinan anda. JMB telah cuba sedaya upaya menyelesaikan kes in tetapi apakan daya , bayaran ada dibuat bukan tidak dibuat. Kali ini kena gunakan kuasa Persatuan Penduduk Bayu Villa untuk menekan TNB.

      Delete
  4. Block A, B, C, D & E cuma satu Main Switch ? atau setiap satu block ada satu Main Switch ?

    ReplyDelete
  5. KENAPA TAK MINTA BANTUAN DARI PIHAK AHLI POLITIK / WAKIL RAKYAT ?

    ReplyDelete
  6. Sue tnb for not stopping electricity when not paid for two months instead of waiting for years. It's also their fault to let the theft to occur for not acting earlier.

    ReplyDelete
  7. Any updates from the last communication with TNB? Please ensure no cutting of electricity to the apartments as this will create havoc and the people will suffer!

    Please get ADUN to assist to mitigate the matter. Also, you may want to offer additional amount, say RM30K for 3 months, and balance of RM10K per month for clearance of balance. I am sure you would have enough to cough out to avoid the inevitable.

    ReplyDelete
  8. What is the current status of this matter?

    ReplyDelete