Sunday, January 25, 2015

Resit Pembayaran Bil TNB Sebanyak RM 20,000.00 Seperti Yang Dijanjikan.


Disini adalah segala resit bayaran yang telah dibayar kepada TNB pada hari pemotongan bekalan elektrik. Keseluruhan bayaran adalah berjumlah RM 20,000.00. 


Pembayaran RM 20,000.00 ini diagih agihkan kepada 5 blok. Sehingga hari ini pembayaran balik kepada Encik Lee ke atas pembayaran pendahuluan masih belum dijelaskan sepenuhnya.


Penggunaan kemudahan akaun bank Hong Leong Bank Berhad sehingga kini masih belum boleh digunakan kerana terdapat perselisihan faham di antara pihak Hong Leong Bank Berhad dengan COB Klang. 


Hujung bulan ini berkemungkinan besar pembayaran sebanyak RM 15,000.00 akan dibayar kepada TNB sebagai perjanjian sewaktu pembukaan bekalan elektrik pada hari pemotongan bekalan tersebut.

TNB pada hari tersebut meminta supaya pembayaran RM 35,000.00 dijelaskan untuk membuka bekalan elektrik tetapi Encik Lee menekankan bahawa pembayaran tersebut dibahagikan kepada 2 kali iaitu RM 20,000.00 dan selebihnya RM 15,000.00 hujung bulan.


2 comments:

  1. Why not open another current account with other bank? Sometime really can't stand HLB customers services. .

    ReplyDelete
  2. Open another current account with another bank till this account problems are resolved.
    More transparency needed on account matters. One individual cannot pay for all and also payments made to vendors must be vetted to see if there are kickbacks.

    ReplyDelete