Monday, January 19, 2015

Jumlah Tunggakan Kepada TNB Mengikut Blok A,B,C,D dan E Dan Kisah Sebenar.

Jumlah tunggakan ke atas TNB dipaparkan bagi memudahkan penghuni di Bayu Villa mengetahui jumlah yang tunggakan yang sebenarnya.


Blok A - RM 138,990.93


Blok B - RM 55,650.82


Blok C - RM 52,244.33


Blok D - RM 63,649.81


Blok E - RM 123,613.40

Jumlah keseluruhan tunggakan bersama dengan bayaran penalti = RM 434,149.29 setelah ditolak bayaran RM 50,000.00 oleh JMB Bayu Villa yang baru pada tahun lepas.



Apakah puncanya berlaku dan kenapa tunggakan yang sedia ada melambung kepada RM 484,149.29?
Berdasarkan kepada ringkasan blog yang lepas, puncanya jumlah tersebut melambung begitu tinggi adalah kerana pengurusan lama Bayu Villa Management Corporation sebelum di ambil alih oleh Badan Pengursan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama pada 01.11.2013 tunggakan mereka kepada TNB adalah sebanyak RM 346,923.47.

Pada bulan Julai 2013 tunggakan yang sedia ada berada dalam sekitar RM 280,000.00 dan disebabkan terdapat sekumpulan penghuni yang beria ia hendak mengambil alih pengurusan maka notis telah dihantar kepada semua penghuni agar tidak membuat sebarang pembayaran wang penyelenggaraan maka pihak pengurusan tidak mempunyai kewangan yang secukupnya untuk membuat bayaran kepada TNB. 


Perkara ini berlarutan daripada bulan Julai 2013 sehingga bulan Oktober 2013. Jumlah tersebut meningkat dari masa ke semasa sehingga segala tunggakan yang sedia ada tidak dapat dijelaskan termasuk bil bil  Syabas. (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/09/kisah-sebenar-kenapa-hutang-kepada.html)





Semasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama mengambil alih, mereka membuat lapuran polis bahawa mereka tidak berminat untuk menjelaskan segala bayaran tunggakan lama. Malahan segala bil semasa juga tidak dibuat sebarang bayaran untuk menjelaskannya padahal tunggakan wang penyelenggaraan penghuni Bayu Villa kepada JMB pada ketika itu berada dalam sekitar RM 900,00.00. Daripada jumlah tunggakan tersebut ianya dapat membantu JMB Bayu Villa yang lama.

Kepercayaan penduduk pada waktu itu (bulan Julai 2013 sehingga Oktober 2013) memberi sokongan padu yang begitu kuat pada ketika itu telah menyebabkan apa yang berlaku pada hari ini di mana segala wang penyelenggaraan yang diterima telah diselewengkan ke atas poket masing masing oleh beberapa individu JMB Bayu Villa yang lama di mana pada bulan April 2014, Pengerusi serta Bendahari terpaksa meletakan jawatan apabila mendapati sesuatu yang tidak betul telah berlaku di dalam pengurusan sepanjang 6 bulan mereka mengambil alih.


Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk blog yang lepas dibawah.

23.06.2014
(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/notis-gangguan-pemotongan-bekalan.html)

24.06.2014
(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/bil-tnb-yang-di-kemaskini-sehingga-6hb.html)

26.06.2014
(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/lapuran-polis-yang-tidak-bertanggung.html)

27.06.2014
(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/tunggakan-jmb-bayu-villa-kepada-tnb-rm.html)

29.06.2014
(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/07/tuduhan-yang-tidak-berasas-hutang-jmb.html)

28.11.2014
(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/11/proses-perbincangan-menghadapi-jalan.html)

29.11.2014
(http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/11/surat-permohonan-membuat-bayaran.html)

2 comments:

  1. Has the management found any alternate solution for this?

    ReplyDelete
  2. Can we plan for the tenants of respective building come forward to make some of their dues to meet the respective blocks outstanding. No power will have a lot of problem and we have to find immediate solution.

    ReplyDelete