Friday, January 23, 2015

Pemotongan Bekalan Elektrik Oleh TNB Berlaku Juga Akhirnya. Kekuatan Kuasa Rakyat Menjadi Penyelamat.


Pemotongan bekalan elektrik oleh TNB akhirnya berlaku juga. Tindakan TNB dan keberanian mereka memotong bekalan elektrik ke atas keseluruhan Bayu Villa sehingga menyebabkan setiap unit rumah di Bayu Villa tidak mempunyai bekalan elektrik.




Proses pemotongan bekalan elektrik ini telah mencetuskan keadaan yang huru hara di mana pada akhir pemotongan bekalan elektrik ramai penghuni di Bayu Villa keluar menahan dan menghalang kereta TNB serta pegawai mereka keluar daripada kawasan perkarangan Bayu Villa. 




Detik-Detik Sepanjang Pemotongan Yang Berlaku.

1. Lebih kurang 9.45 pagi. TNB sampai di Bayu Villa. Pegawai mereka mula membuat pemotongan bekalan elektrik dari satu blok ke satu blok diiringi oleh pegawai atasan mereka Encik Zul Faez.



2. Pada waktu yang sama, Encik Bernard Thong telah berada di Wisma TNB Subang Jaya berjumpa dengan pengawai atasan berbincang mengenai susulan pembayaran.



3. Jam 10.30 pagi. Pemotongan bekalan elektrik dibuat tanpa mengendahkan penghuni penghuni yang tinggal didalam setelah perbincangan dengan pihak atasan gagal walaupun ditawarkan:

a) BAYARAN PENDAHULUAN (UPFRONT) oleh Encik Bernard Thong sebanyak RM 20,000.00.   
b) Enam bulan pertama : Bayaran sebanyak RM 10,000.00 sebulan kerana komitmen yang tinggi yang harus ditanggung oleh JMB Bayu Villa.
c) Enam bulan seterusnya : Bayaran sebanyak RM 15,000.00 sebulan.
d) Selepas setahun akan menilai sejauh manakah kekukuhan kewangan JMB Bayu Villa. Jika ada lebihan akan membuat bayaran melebihi RM 15,000.00 sebulan.

Cadangan ditolak habis habisan. 





4. Jam 11.15 pagi. Pemotongan bekalan elektrik telah siap. Kereta polis bantuan TNB, kereta TNB dan kereta pegawai TNB tidak dibenarkan keluar oleh penghuni kerana mencabuli hak asasi manusia kerana memotong bekalan elektrik penghuni yang tidak mempunyai tunggakan.




5. Jam 11.25 pagi. Perbalahan dan pertelingkahan berlaku di antara penghuni dengan pegawai TNB serta dengan pekerja TNB. Maki hamun dilemparkan kepada pihak TNB.  Pegawai polis dengan kereta peronda tiba lebih kurang 10 minit bertanyakan kenapa kejadian ini berlaku? Apakah puncanya?






6. Semasa ketibaan pihak polis, Bendahari JMB Bayu Villa pun sampai melihatkan keadaan suasana yang tegang. Pegawai polis berjumpa dengan Bendahari Encik Lee dan meminta Encik Lee memberi penerangan. Encik Lee menasihati pegawai polis supaya jangan melibatkan pihak polis dalam kes ini kerana TNB telah mencabuli hak asasi manusia di mana TNB memotong bekalan elektrik penghuni yang tidak mempunyai tunggakan. 

 




7. Pada saat yang sama pihak polis cuma boleh melihat sahaja dan tidak boleh membuat apa apa kerana kesalahan memang jelas ke atas pihak TNB. 




8. Pegawai TNB Encik Zul Faez memberi penjelasan bahawa pemotongan ini dilakukan setelah memberi notis melebihi 27 kali dan penjanjian surat akur yang ditandatangani juga tidak ditunaikan. Jadi pemotongan bekalan elektrik harus dijalankan mengikut arahan daripada TNB Negeri.

Penghuni tidak berpuas hati kerana mereka menjelaskan pemotongan bekalan elektrik ini tidak sepatutnya dikenakan kepada penghuni yang setiap bulan ada membayar bil semasa mereka. 


9. Pintu pagar terpaksa ditutup bagi menghalang kereta TNB daripada keluar. Dengan kerjasama daripada Encik Mohd Rashid, penutupan pintu pagar yang diarahkan oleh penghuni berjaya mengekang mereka daripada keluar.



10. Jam 11.40 pagi. Perbincangan di antara Encik Lee dengan pegawai TNB Encik Zul Faez mengenai syarat bagaimana hendak memasang kembali bekalan elektrik berkali kali menghadapi jalan buntu atas tekanan daripada pihak TNB Negeri di Wisma TNB Subang Jaya yang menghendaki supaya bayaran ansuran haruslah tinggi di mana TNB meminta tunggakan RM 423,000.00 dibahagi kepada 12 bulan iaitu anggaran purata RM 35,000.00 sebulan. 

Encik Lee menjelaskan bil semasa yang hendak dijelaskan lebih kurang RM 15,000.00 + tunggakan RM 35,000.00, sebulan RM 50,000.00 - baik mengali kubur sendiri daripada menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan. 


11. Jam 12.00 tengahari. Perbincangan demi perbincangan tetapi masih tidak dapat menyakinkan pihak TNB Negeri untuk membuka bekalan elektrik disebabkan orang atasan di Wisma TNB Subang Jaya menekankan bahawa pembayaran harus dijelaskan dalam setahun. 

Semasa proses perbincangan berjalan seorang saudara yang kurang upaya datang membuat rayuan kepada TNB supaya memikirkan akan kesengsaraan yang akan dihadapi jika tiada bekalan elektrik.



12. Pada permulaan Encik Lee langsung tidak mahu membuat sebarang tawaran kepada TNB kerana TNB telah mencabuli hak pengguna yang telah membayar bil mereka masing masing tetapi disebabkan oleh keperitan yang mungkin dihadapi oleh sebilangan orang kurang upaya, warga tua dan kanak kanak, Encik Lee membuat tawaran kepada TNB bahawa bayaran pendahulaan sebanyak RM20,000.00 (menggunakan duitnya) akan dibayar sekarang dan jumlah RM15,000.00 akan dijelaskan pada akhir bulan Januari. 

Pegawai atasan di Wisma TNB Subang Jaya menolak tawaran tersebut. Beliau memberi arahan kepada pegawainya supaya meninggalkan tempat itu dan meminta bantuan polis membawa mereka keluar.



13. Pada permulaan pihak polis bersetuju untuk membawa serta mengiringi pegawai TNB dan pekerja mereka keluar tetapi Encik Lee memberitahu kepada pihak polis bahawa pihak TNB telah mencabul hak pengguna dan bercadang untuk meninggalkan tempat ini tanpa menyambungkan balik bekalan, "Tuan berani membawa mereka keluar daripada tempat ini??? Sebab TNB tidak bercadang untuk menyambung balik bekalan ???"

Lantas pegawai polis itu berkata, kalau macam itu pihak polis tidak akan mengiringi mereka keluar memandangkan kes ini amatlah besar dan boleh menyebabkan keadaan huru hara dengan penghuni. 

Akhirnya pihak polis memberi cadangan kepada pegawai TNB supaya membuka bekalan elektrik dan duduk semeja untuk membincangkan cara cara menyelesaikan masalah ini, tetapi pihak atasan TNB Negeri di Subang Jaya masih tidak mahu menerima cadangan tersebut serta membuka bekalan elektrik.  



14. Jam 12.30 tengahari. Akhirnya dalam keadaan tidak puas hati Encik Lee menekan kepada pegawai tersebut "Beritahu pihak atasan bahawa ini adalah tawaran muktamad daripada Bendahari JMB Bayu Villa, RM 20,000.00 sekarang, RM 15,000.00 akhir bulan. Nak..... terima aja ! kalau tak nak .... cuba keluar! Saya tidak mempunyai begitu banyak masa membuat rayuan lagi"

Bincang punya bincang dengan pihak atasan di Wisma TNB Subang Jaya akhirnya terpaksa akur dengan kehendak penghuni serta bersetuju menerima tawaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai pilihan yang lebih baik tetapi dengan syarat bayaran harus diselesaikan sekarang dan dalam bentuk tunai.

Encik Lee menyatakan apa yang dijanji akan dikotakan dan dia tak pernah kencing kepada apa yang dijanjikan. "Beritahu orang atasan, RM 20,000.00 tetap akan dibayar tetapi bukan dalam bentuk tunai, dalam bentuk kad kredit. Itu pun tunai!!! Ok ke tak Ok ???? "

15. Jam 1.00 tengahari. Bekalan elektrik kembali pulih ke dalam Bayu Villa


......................................................................................................... 

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penghuni yang datang serta keluar beramai ramai membantu sesama sendiri mengharungi kedegilan pihak atasan TNB yang tidak mempunyai nilai keharmonian serta timbang rasa akan kesengsaraan penghuni di Bayu Villa.


"Tanpa kehadiran anda semua, tidak mungkin Bayu Villa dapat berdiri megah"

No comments:

Post a Comment