Tuesday, January 27, 2015

Perjumpaan Dengan Ahli Parlimen Klang. YB Tuan Charles Santiago.


Sehari selepas kes pemotongan bekalan elektrik (21hb Januari 2015), Pengerusi Cik Sri Sharmini, Bendahari Encik Lee, AJK Encik Wong dan Pengerusi Rukun Tetangga Encik Raymond Wang membuat perjumpaan dengan Yang Berhormat Tuan Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) mengenai isu pemotongan bekalan elektrik.

Di dalam perbincangan juga dibangkitkan tindakan drastik TNB dalam memunggut tunggakan yang sedia ada dan langsung tidak menghiraukan kesengsaraan penduduk semasa proses pemotongan bekalan elektrik walaupun penghuni yang sedia ada tidak mempunyai tunggakan elektrik.


Pada sesi perbincangan juga membincangkan tentang keengganan pihak TNB dalam menghapuskan caj bayaran penalti yang tidak sepatutnya ditanggung oleh Bayu Villa. Penerangan juga diberikan bahawa setiap bulan anggaran caj penalti yang dikenakan oleh TNB berada dalam purata anggaran RM 3,500.00

Jika anggaran caj penalti sebulan RM 3,500 X 12 bulan = RM 42,000.00 setahun. Jika didarabkan kepada 2 tahun, jumlah caj penalti yang dikenakan ialah RM 84,000.00. Secara amnya Bayu Villa tidak mempunyai tunggakan yang sebegitu tinggi. Rata rata kemungkinan tunggakan yang sedia ada setelah ditolak daripada caj penalti cuma sekadar RM 300,0000.00 

Di akhir perbincangan YB Charles Santiago meminta JMB Bayu Villa menulis sepucuk surat rayuan memohon bantuan mengenai isu pembayaran caj penalti yang sepatutnya tidak dikenakan ke atas Bayu Villa. Beliau akan cuba menolong Bayu Villa mengatasi isu caj penalti.

No comments:

Post a Comment