Friday, October 24, 2014

Aduan Membuat Tangkapan Anjing Liar Di Dalam Kawasan Bayu Villa

Pagi tadi aduan telah dibuat di Majlis Perbandaran Klang mengenai kekacauan oleh belasan ekor anjing yang merayau di kawasan perkarangan Bayu Villa. 

Nombor lapuran atau nombor rujukan aduan ialah 1085/10/2014. Sebarang pertanyaan sila hubingi talian bebas tol aduan di 1 800 88 23826 @ 03-33755555 Ext 1252/1020.


Aduan ini dibuat setelah beberapa ekor anjing ini membuat kekecohan pada waktu malam dan membuat kacau bilau serta memberak di merata tempat terutama di Blok E. Ada di antara anjing tersebut naik ke tingkat atas melalui tangga dan menyalak pada waktu malam serta tidur di dalam bangunan tersebut. 

Beberapa penghuni yang prihatin cuba menghalau anjing anjing tersebut keluar daripada bangunan tersebut tetapi mereka masih kembali lagi dan tidur di dalam sana. Bukan begitu sahaja ada di antara anjing yang dihalau menunjukkan taring mereka apabila cuba dihalau oleh beberapa orang penghuni. 

Kepada penghuni yang mempunyai anjing, sila ambil perhatian. Apabila pihak Majlis Perbandaran Klang mengambil tindakan menangkap anjing yang berkeliaran, anjing pemeliharaan mereka juga akan ditangkap bersama jika didapati merayau di dalam bangunan.

Bagi mereka yang memelihara anjing, sila ambil perhatian mengenai perkara di atas. Kerja kerja membuat tangkapan akan dijalankan pada bila bila masa.

No comments:

Post a Comment