Thursday, October 16, 2014

Pekerja Pembersihan Ditindas Oleh Majikan Mereka.

Semalam JMB Bayu Villa membuat pembayaran gaji kepada pekerja pembersihan yang telah bertungkus lumus membersihkan keseluruhan Bayu Villa dalam tempoh lima belas hari. Pembayaran gaji pekerja pembersihan dibuat berdasarkan kepada pembayaran setengah bulan iaitu dari 01.10.2014 sehingga 15.10.2014.


Mereka dibayar gaji RM 450.00 setiap seorang bagi kerja pembersihan selama 15 belas hari dan perkhidmatan mereka akan diteruskan sehingga terdapat perkembangan yang terbaru. Sebelum proses pembayaran gaji kepada mereka semalam, mereka telah membuat rayuan kepada AJK, Encik Arivanathan supaya menolong mereka mendapatkan gaji tunggakan mereka yang dihutang oleh majikan asal mereka selama sebulan iaitu pada bulan Ogos yang lepas. Permintaan ini dibuat berdasarkan Perayaan Deepavali akan sampai tidak lama lagi.

Senyuman kegembiraan di dalam wajah mereka.

Bukan begitu sahaja, disebabkan oleh tunggakan pembayaran kepada TS Sun Shine Cleaning Services pada ketika itu, kesemua pekerja tidak boleh menjalankan kerja pembersihan di Bayu Villa pada bulan September. Selama sebulan mereka duduk di dalam rumah sehinggakan ada di antara mereka diugut oleh seseorang supaya jangan bekerja pada saat itu.


Pada waktu yang sama, Bendahari telah mengadakan perjumpaan dengan wakil syarikat tersebut supaya memberi tempoh sehingga 15.10.2014 untuk mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi serta Ahli Jawatankuasanya mengenai pelan rancangan pembayaran ansuran kepada syarikat tersebut.


Tetapi pada 08.10.2014 Bendahari JMB didatangi oleh salah seorang tuan punya rumah di Blok C yang menyewa rumah tersebut untuk pekerja pembersihan yang tinggal di sana. Beliau memberitahu kepada Encik Lee bahawa TS Sun Shine sudah 3 bulan tidak membayar sewa dan tujuan beliau datang berjumpa dengan Encik Lee bertanyakan keadaan status pekerja yang tinggal di dalam rumah tersebut kerana TS Sun Shine mengarahkan supaya rumah itu dikunci sama sekali setelah diminta beberapa kali oleh tuan punya rumah supaya membayar tunggakan sewa tersebut. 


Pada saat itu, Encik Lee meminta jasa baik tuan punya rumah supaya memberi tempoh selama sehari dua untuk Encik Lee mencarikan tempat tinggal untuk mereka. Setelah berbincang dengan Pengerusi JMB Cik Sri Sharmini, Encik Lee menyewakan rumah apartmentnya di Vista Bayu bagi menolong mereka mempunyai tempat tinggal yang selesa. 

Kesian juga JMB Bayu Villa melihat keadaan mereka seakan  bola yang ditendang di sini dan di sana. Kebajikan mereka langsung tidak dijaga dengan betul sehinggakan mereka terpaksa membuat rayuan dan meminta pertolongan daripada AJK, Encik Arivanathan untuk menolong mereka menyelesaikan gaji tunggakan mereka. 


Dahlah bulan Ogos tidak dapat gaji. Dapat pinjaman cuma RM 250.00 sahaja, bulan September lansung tidak boleh bekerja, berapa lama mereka harus duduk dalam keadaan kesengsaraan? 

Atas dasar keperimanusiaan, Bendahari membuat keputusan pembayaran gaji tunggakan mereka untuk bulan Ogos (setengah bulan setiap orang)) akan ditolak daripada tunggakan Bayu Villa kepada TS Sun Shine. 

Semalam TS Sun Shine membuat panggilan telefon kepada Encik Lee bertanyakan status tunggakan. Encik Lee dengan lantang menegur TS Shun Shine Cleaning Services kenapa membenarkan tuan punya rumah menguncikan rumah tersebut kerana tarikh pemberitahuan mengenai pelan pembayaran ansuran ialah pada 15.10.2014. Kenapa dikuncikan rumah dan tak dibuat rancangan bagaimana memberi mereka tempat tinggal yang lain?

Disebabkan oleh tindakan mereka, maka Encik Lee menyarankan pembayaran ansuran sebanyak RM1,000.00 sebulan. Jika TS Sun Shine tidak bersetuju dengan pelan ansuran tersebut maka mereka boleh mengutip hutang lamanya daripada pihak JMB yang lama. JMB baru tidak akan bertanggungjawab terhadap tunggkan tersebut.

No comments:

Post a Comment