Sunday, October 5, 2014

Proses Pembersihan Dan Pemotongan Rumput Sedang Giat Dijalankan.

Baru baru ini proses pembersihan sedang giat dijalankan di dalam kawasan perkarangan Bayu Villa terutama di kawasan parkir kereta (parking). Pembelian sebuah mesin pemotong rumput yang baru di harap dapat mempercepatkan proses pemotongan rumput.


Sepanjang tempoh hampir dua bulan yang lepas rumput rumput di kawasan persekitaran telah tumbuh ke satu tahap yang amat tinggi di mana ianya boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk serta penghuni di mana dipercayai terdapat ular yang membiak mengikut sumber maklumat yang di beri oleh Persatuan Penduduk Bayu Villa.


Melalui informasi yang di terima, mesin pemotong rumput yang lama telah rosak dan tidak dapat diperbaiki. Pembelian mesin pemotong rumput baru buatan negara China ini yang berharga RM 360.00 di harap dapat mencantikan lagi serta menjaga kebersihan di kawasan persekitaran Bayu Villa. 


Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah mengupah beberapa orang pekerja untuk membersihkan kawasan persekitaran serta membuang sampah yang terdapat di keseluruhan blok A, B, C, D dan E tetapi kontrak pekerjaan mereka dengan JMB Bayu adalah untuk sementara waktu sahaja.


Pembersihan (pembersihan longkang dan pengutipan sampah) juga sedang giat dijalankan di kawasan persekitaran tempat letak kereta di sekitar Bayu Villa. Kemungkinan proses pembersihan ini akan mengambil masa selama 4 hari bekerja untuk menyiapkannya.

3 comments:

  1. Kedai burger kenapa simpan lagi.bila mau keluarkan.banyak Kotor Dan bising

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna air awam, letrik awam - sapa yg bayar?

      Delete
  2. Lihat lah Wahai penduduk BV, orang luar jaga tempat kita....orang Malaysia pandai tahu kutuk saje.....bila lah nak tukar fikiran yg waras....Selalu nak cari dosa.....bawalah mati bersama

    ReplyDelete