Wednesday, October 8, 2014

Pecah Rumah A-2-18. Pencuri Dipercayai Akan Kembali Lagi !!!




Awal pagi tadi (08.10.2014) sebuah rumah beralamat A-2-18 telah di pecah masuk oleh seorang pencuri. Di percayai pencuri yang sama juga cuba memecah masuk sebuah lagi rumah di tingkat 3 di blok yang sama. Mujurlah disedari oleh seorang penduduk. Pencuri itu berjaya melarikan diri.



Kejadian ini dikatakan berlaku dalam sekitar 6.00 pagi apabila salah seorang penghuni ternampak bayang bayang yang bergerak di dalam rumah. Oleh kerana terlalu takut beliau tidak menjerit tetapi terus berlari turun ke bawah kawasan taman.



Wang sekitar RM500.00 hilang bersama sama dengan beberapa biji telefon bimbit. Rumah tersebut diduduki oleh penghuni perempuan yang berasal dari Indonesia yang bekerja dengan sebuah syarikat di Malaysia. Semasa kejadian tiada penghuni yang berada di dalam rumah. Lapuran polis telah di buat.





Setelah di teliti akan keselamatan yang ada pada pintu besi serta pintu kayu, didapati ke dua dua pintu tersebut tidak mempunyai ciri keselamatan yang kuat untuk mengekang kemasukan pencuri.




Di harap semua penduduk berwaspada pada setiap masa dan memastikan agar pintu besi serta pintu kayu dikuatkan lagi dengan mangga kunci yang lebih kukuh. 

Dipercayai pencuri itu akan datang semula lagi melakukan kerja mencuri. Di bawah adalah gambar sumbangan daripada salah seorang penghuni yang mengambil gambar kunci mangga di tingkat 3 Blok A. 



Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12 tengahari. Teknik yang sama digunakan untuk memecah masuk pintu depan. Para penghuni dinasihatkan supaya menguatkan pintu besi bagi memastikan insiden yang sama tidak berlaku lagi.

Jika di kaji daripada cara pencuri itu mencuri, pencuri tersebut memilih rumah yang mempunyai ciri keselamatan pintu besi yang tidak kuat dan kukuh.  

6 comments:

  1. Dahulu ada security pun pecah jugak ....

    ReplyDelete
  2. Watchout for stranger walking around your floor and advice neighbours of suspicious people openly. Stare at the stranger non-stop and don't open any door or gate if the stranger is still around.

    Where's JMB to advice residents on what-to-do and what-not-to-do?

    ReplyDelete
  3. Langkah yang perlu dibuat...

    Jangan guna mangga bercorak Solex.
    Sila tambahkan besi berhuruf " L" di telinga mangga
    Dapatkan no telefon jiran .
    Berhubung dengan sesiapa kalau terjumpa sesiapa yang berkelakuan luar biasa.
    Jangan rasa panik.
    Telefon GERAKAN POLIS - 03 3371 9999

    Nasihat dari KRT BV .

    ReplyDelete
  4. lots of residents suggest JMB engage 1 security guard for time being , to show Bayu villa residents that JBM has take further action by engaging 1 guard then i believe they will start paying maintenance fees to JBM for residents security , then JMB slowly can increase more security guards , Why JMB don't try it first ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak pada malam sahaja, hanya ronda parking lot sahaja. untuk rumah pada setiap block, tuan rumah masing-masing yang perlu jaga keselamatan rumah sendiri.

      Delete